CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16010|Reply: 8

[Tempatan] Wanita Cina hantar anak ke Tadika PASTI Cha’ah buat netizen terkesima

[Copy link]
Post time 23-1-2026 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
CHA’AH, JOHOR — Seorang ibu, Zhu Er Chan tampil menjelaskan keputusannya menghantar anaknya ke Tadika PASTI Cha’ah selepas menerima pelbagai pertanyaan dan reaksi daripada masyarakat, termasuk mesej peribadi yang tidak bersetuju dengan pilihannya.







“Tadika PASTI Cha’ah terletak di kampung saya sendiri, tempat saya membesar. Mak saya juga masih menetap di sini. Saya lihat tadika ini sesuai dan memberi peluang kepada anak saya untuk tumpang belajar,” katanya.

Beliau memaklumkan, walaupun ada pihak yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap penghantaran anak ke sekolah agama beraliran Melayu, termasuk menggunakan bahasa yang kurang sopan, beliau memilih untuk tidak melayan kritikan tersebut. Sebaliknya, beliau memuji sikap dan pendekatan para guru di Tadika PASTI Cha’ah yang disifatkan sebagai sangat baik dan penyayang.

“Saya rasa bagus anak boleh belajar budaya lain. Kita hidup dalam masyarakat majmuk. Walaupun baru tiga bulan di tadika, anak saya sudah boleh menyebut beberapa perkataan asas dalam Bahasa Melayu dan menyanyikan lagu Melayu,” katanya, sambil menambah bahawa anaknya kelihatan gembira mengikuti sesi pembelajaran di tadika tersebut.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan atas sokongan dan komen positif yang diterima daripada orang ramai, khususnya mereka yang menunjukkan kasih sayang terhadap anaknya. Katanya, walaupun tidak sempat membalas setiap komen, semua maklum balas telah dibaca.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus cina ni tak takut tergelincir akidah. Lagi pun kalau tak terima bahasa Melayu nanti kena balik tongsan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 07:50 AM | Show all posts
Beliau memaklumkan, walaupun ada pihak yang menyuarakan ketidaksetujuan terhadap penghantaran anak ke sekolah agama beraliran Melayu, termasuk menggunakan bahasa yang kurang sopan, beliau memilih untuk tidak melayan kritikan tersebut.



ape maksud ni??

i wonder sape la yg buat statement ni

Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 09:25 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 23-1-2026 07:50 AM
ape maksud ni??

i wonder sape la yg buat statement ni

maksudnya,ada yg memaki dia menggunakan bahasa kasar
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 09:30 AM | Show all posts
copy_paste replied at 23-1-2026 09:25 AM
maksudnya,ada yg memaki dia menggunakan bahasa kasar

owhhh

igtkn statement tu refer psl tadika pasti



Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 10:56 AM | Show all posts
kalau bangsa lain boleh masuk sekolah cina, kenapa cina tak boleh masuk sekolah bangsa lain?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2026 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Muslims di overseas elok saja hantar anak christian schools ter utama nya di western europe... Same seperti aku born sunni masuk int'l boarding school (4 years) .. Christian Mubaligh school di penang ketika itu sebab tidak banyak option untuk american syllabus.. Mostly british... Bukan only aku born muslim at same school...

Sekarang maintain atheist/deist (before jadi atheist) walaupun asyik di brainwash dengan agama... Selagi boleh dapat layanan mutual respect sama sendiri ber lainan agama/ideology boleh get along ... Bukan issue baru... If kapir masuk islamic school..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2026 12:24 PM | Show all posts
While anak melayu ramai ke sekolah cina, sbb market job tinggi untuk org yg pandai bahasa cina
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2026 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ternampak video kat tiktok,comey jer budak nie dah pandai salam cium tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.791266 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list