View: 32591|Reply: 189
|
Tasha Shilla Yang Seksi & Kontroversi, Temani VVIP Dicaj Hingga RM10,000?
[Copy link]
|
|
Pelakon cantik paling hot yang menjadi pilihan X-Pose minggu ini, dilahirkan pada 25 Januari 1987 dengan nama asal, Natasha Sheila Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Tasha Shilla merupakan seorang pelakon wanita hebat dan model yang berasal dari Ampang, Selangor. Tasha berdarah kacukan Melayu dan Jawa.
Tasha mempunyai pesona sensual dan seksi. Itu yang pasti. Maka tidak hairan jika namanya sering dikaitkan dengan berita kontroversi dan menggegarkan dunia hiburan tanah air.
Dia dikutuk kerana berpakaian seksi yang mendedahkan bahagian belakangnnya hingga ke garis pinggang. Wow berani mati!
Tsunami sensasi seterusnya melanda Tasha apabila foto aksi Tasha tanpa pakaian tersebar di internet. Astaga... Adakah itu foto dia? atau wanita asing yang berwajah mirip Tasha? Setakat ini belum ada yang membuktikan kesahihan foto tersebut!
Kemuncak kontroversi, pada tahun lepas industri dikejutkan dengan berita yang disiarkan melalui akbar (Muka depan lagi...) pasti membuatkan ramai yang terkejut. Tasha Shilla lagi terkejut dan kecewa dengan tuduhan melulu yang dibuat segelintir pihak yang mengatakan dia adalah antara 10 wanita tempatan yang disyaki terlibat dengan ‘Escort Girl’ @ gadis penghibur!
Susulan keratan akhbar daripada Harian Metro yang mengatakan pihak polis sedang memerhati pergerakan 10 gadis selebriti yang dikatakan menerima bayaran RM3,000 hingga RM10,000 untuk menjadi `Escort Girl’ kepada VVIP.
Dipetik dalam temubual itu, Tasha dengan tegas menangkis berita itu kalau ia boleh mencemarkan namanya, dia akan menggunakan khidmat peguam untuk menyelesaikan segala-galanya. Dia juga mohon kepada semua tolong hentikan tabur fitnah terhadap dirinya kerana ia boleh mendatangkan dosa kering kepada mereka.
Foto: Herworld
Astaga! Mengapa anak seni ini dibebani dengan tuduh yang keterlaluan! Satu dugaan besar yang mesti dihadapai. Begitulah tuntutan pengorbanan untuk menjadi seorang artis. Semua artis pasti melaluinya dengan cara yang berbeza.
Bagi anda yang tidak mengenali siapakah Tasha, pasti mudah mempercayai gosip jahat sedemikian. Jika anda mengenali dan melihatnya di luar set penggambaran, pasti anda tidak tergamak menabur fitnah. Saya tetap tidak percaya pada gosip itu... hanya akan percaya jika disertakan dengan bahan bukti.
Namun saya mengenali gadis ini sebelum menjadi seorang pelakon yang meletop. Secara peribadi Tasha seorang yang mudah mesra, manja, bijak dan disenangi ramai.Kualiti itulah yang membuatkan ada segelintir teman seangkatan tidak menyukainya. Dan ada juga pihak media yang sengaja melaga-lagakan Tasha dengan artis lain... mereka mahu berita sensasi itu jadi viral!
Suatu ketika...
Saya masih ingat suatu ketika dahulu, Tasha yang masih di bangku sekolah, dia pernah berjumpa saya dan menyuarakan hasratnya ingin menyertai, Pertandingan Dewi Remaja. Saya terpesona dengan kecantikan, polos, sikap merendah diri dan berkeyakinan. Lalu saya menasihatkan agar Tasha menghabiskan dahulu peperiksaan SPM, kerana pelajaran sangat penting! Hendak menjadi pelakon mesti pandai!
Tasha yang ditemani oleh ibunya faham dan berjanji untuk menamatkan pelajaran peringkat menengah sebelum menceburi bidang glamour! Dan hari ini saya bangga melihat kejayaan gadis ini yang masih rapat dengan saya.
`Kartu takdir' Tasha berjalan dengan sempurna. Sebaik sahaja menjejakkan kaki di peta perfileman Malaysia, dia terus melangkah dengan penuh yakin dan bergaya. Kehadirannya tepat pada waktu menjadi seorang bintang.
Sekadar info untuk dikongsi bersama...Tasha telah membintangi empat buah filem antaranya, KL Menjerit 1, Ratu The Movie, Klip 3GP dan Rock 2. Sementara drama @ telemovie pula lebih dari 30 judul yang pernah dibintangi. Hebat dan produktif dalam membina kerjaya seninya!
Pelakon yang memiliki sepasang mata yang sangat cantik ini pernah dihadiahkan penghargaan besar dalam industri, sebagai ‘Pelakon Baru Popular, Anugerah Bintang Ppopular 2011’ ini sempat mencetuskan kontoversi. Dia dikecam dan dikatakan mengundi diri sendiri. Akhirnya berita sensasi itu berhenti dengan sendirinya. Itu semua tidak menggugat rezeki dan keyakinannya untuk terus aktif dalam bidang yang sangat diminati.. Kejayaan seterusnya merangkul trofi Anugerah Block Buster 2012, sebagai ‘ Heroin Baru Terhebat’ menerusi filem RATU - The movie.
Rezekinya masih melimpah ruah apabila terpilih selaku salah seorang “SK-II Malaysia Beauty Circle 2017” satu penghormatan buat Tasha sebagai seorang wanita. Bukan mudah bagi seseorang itu menampilkan dan menonjolkan diri mereka yang sebenar. Setiap kontroversi yang melanda pelakon wanita ini tidak langsung mempengaruhi keputusan jenama penjagaan kulit terkenal dari negara matahari terbit itu memilihnya sebagai jurucakap rasmi.
Foto: Carian Internet
Apakah yang membuatkan Tasha Shilla ini begitu istimewa? Apakah kerana personalitinya? Atau kecantikan tersendiri?
“Visi dan pandangan Tasha sebagai jurucakap bagi SK-II mewakili negara kita bukan setakat dalam bidang kecantikan sahaja. Ia merangkumi semua. Dalam karier atau bidang seni.
"Langkah pertama kamu harus tahu tentang kecantikan ialah mencintai diri sendiri. Tasha sangat menyayangi diri Tasha. Kita kena sayang diri kita, fokus pada sasaran dan impian. Kedua, buat sehabis baik untuk karier. Seterusnya, perkara-perara tersebut akan muncul seiring dan sejalan dengan usaha Tasha membawa SK-II bersama perkembangan seni dan kerjaya Tasha”, jelas Tasha sambil melepaskan senyuman manis dari bibirnya yang nipis itu. |
|
|
|
|
|
|
|
eh pening pula aku dengan astaga astaga mu ne.
tak sangka pula tasah silakan duduk ne gigih mencari rezeki
dedulu macam sendu, seb baik ada kontroversi baru boleh kenal. |
|
|
|
|
|
|
|
Richie ni kan klo menulis mesti nk panjang.kosser la sape nk bace.dh bc mnyesal plk tajuk kemain tp isi bkaitan tajuk cenonet je.ingtkn 2017 brubah cara mnulis tapi tetap sama.mohon sis Richie mereput. |
|
|
|
|
|
|
|
Kak @changa, orang yg chuols windukan dah muncu |
|
|
|
|
|
|
|
aku barunk baca sapa vvip tu
choi lah..
rupanya sexplaination bla bla bla bla |
|
|
|
|
|
|
|
Apahal meleret teruk sgt artikel ni. Mohon pecat saja reporter ni |
|
|
|
|
|
|
|
woww dah up sekarang.. |
|
|
|
|
|
|
|
astagaaaaa tp tasah ni memang sesi so iollss x herann |
|
|
|
|
|
|
|
beautifulliar replied at 5-4-2017 06:27 PM
Richie ni kan klo menulis mesti nk panjang.kosser la sape nk bace.dh bc mnyesal plk tajuk kemain tp ...
Astaga.. Jujur sungguh komen ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pic 1st posing depan cermin tu lawo nyaa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Noq, ni forum. Please tulis straight away tak yah nak pusing macam mak ayam kena rogol. Kalau mcm ni menulis, idea basi cuma olahan bagi memanjangkan point yg kurang tu. |
|
|
|
|
|
|
|
tolak tepi kontreversi...sy suka lakonan tasah silah...sila kembali beelakon |
|
|
|
|
|
|
|
Tajuk je gempak
Sekali bile baca artikel rase nk hempuk skrin laptop ni bertalu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bapuk kertu ni kalau menulis kemahennn.,. Ada ke patut kata tasah sella tu ada sensual seksi.. Seksi celah poen bapuk kertu ko? Setakat tek juling tasah sila tu xda la seksi punnn |
|
|
|
|
|
|
|
jenoh aih nak baca..
ada cadangan ni.. lepas ni buat jekla point2.. malas la nak baca karangan yang point dia sebutir dua jek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mrsLucky at 5-4-2017 07:02 PM
Give me back my 1 mins... tajuk bagai style akbar sendu 1980s memancing pembeli..bull crap..
Btw dicaj ker di bayar? |
|
|
|
|
|
|
|
Kacukan melayu + jawa |
|
|
|
|
|
|
|
jelas Tasha sambil melepaskan senyuman manis dari bibirnya yang nipis itu... ayat last skali ni ayat novel sgt, bang richie. Menulis kt porem test power utk novel baru ke..kosser tau! |
|
|
|
|
|
|
| |
|