CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15370|Reply: 83

Pulihkan Semangat Dari Kutukan Status Janda, Datuk Vida Bawa Diri

[Copy link]
Post time 12-4-2017 04:10 PM | Show all posts |Read mode
Mungkin dirundung perasaan sedih dan kecewa selepas kembali memegang status janda untuk kali ketiga, Datuk Vida memutuskan untuk membawa diri dengan bercuti selama 10 hari di luar negara bersama dua anaknya.









Memetik mStar Online, Datuk Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman berbuat begitu kerana mahu menenangkan fikiran yang kacau sambil mencari kekuatan baru selepas tewas di alam perkahwinan yang hanya mampu bertahan selama lebih kurang tiga tahun itu.

"Saya berada di luar negara bersama Cik B (Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin) dan Kacak (Muhammad Eric Zacquan) untuk tenangkan fikiran," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada mStar Online.




Foto: IG Datuk Vida





Bagaimanapun, Datuk Vida enggan mengulas lanjut mengenai lokasi percutiannya.

"Biarlah rahsia," katanya.


Terdahulu, Mahkamah Syariah Ipoh mengesahkan Datuk Vida dan bekas suami Fairuz Ahmad Zainuddin bercerai talak satu pada 7 April lalu.




Foto: mStar Online




Menerusi sumber rapat Datuk Vida, dia kini dipercayai berada di China atas urusan perniagaan dan pada masa sama bercuti bersama keluarganya.

"Datuk Vida sekarang ada di China. Dia pergi ke sana untuk urusan perniagaan dan bercuti sekali dengan Kacak dan Cik B. Selepas ini kami mungkin akan bercuti bersama ke Jepun atau Iceland.

"Dia sudah beri kasih sayang dan kemewahan tapi tak sangka ianya berakhir begitu," katanya.


Wah, sampai ke tanah besar Datuk Vida bawa diri. Apapun, semoga Datuk Vida kuat semangat dan kembali ceria seperti sebelum ini. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 04:33 PM | Show all posts
cantik pula dia buat muka serius mcmtu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:33 PM | Show all posts
sian tok vida.. bertabahlah.. happy2kan diri dgn anak2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:36 PM | Show all posts
dipercayai berada di China atas urusan perniagaan


poduk2 dia dtg dari sanakah??

sb kat mesia xde nmpk kilang dia kan...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Jgn putus asa sila cuba lg ya dsv
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 04:58 PM | Show all posts
anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2017 05:02 PM | Show all posts
Themilo replied at 12-4-2017 04:58 PM
anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..

kan sis..tak pun panggil teacher mengajar di rumah.. atau private school.. nak cuti lantak pi lah dah bayar fees mahal2 pun kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 05:16 PM | Show all posts
Takziah. Stay strong.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 05:38 PM | Show all posts
gi china tenangkan fikiran ke gi cari produk2 baru utk repackage, buh nama brand dia n jual mahal2 pastu claim hasil r&d selama doploh tahun  
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:06 PM | Show all posts
semoga dieprmudahkan segala urusan dan diberi ketenangan hati..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 06:14 PM | Show all posts
Sure ke lepas ni tak dapat yang lebihkurang sama?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:02 PM | Show all posts
semoga tenang
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Themilo replied at 12-4-2017 04:58 PM
anak-anaknya tak sekolah ke? bila dah terlampau kaya, sekolah pun dia tak heran lagi sisthur..

international school kot
most of international schl tgh cuti
mcm anak i skrg ni
spring break
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok laa tu,cuti bersama gan anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 11:00 PM | Show all posts
frust orang kaya ada ubat dia..

kita frust dok menonggeng dlm bilik je la
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2017 11:12 PM | Show all posts

dah dah la mengeletis datuk vida .. meniaga lah macam orang2 lain meniaga ...  marketing strategy yg lain ..... yg tak mengeletis


kahwin .. jaga air muka suami ...


kesian jugak .... duit tak mampu membeli kebahagian dan ketenangan hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2017 11:16 PM | Show all posts
Tabahlah dsv. daah kaya harta banyak layan anak2 jee senang hati.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoo. Produk china ke. Benda2 makan dan sapu muka ni, takut la. China ni hebat bab ciplak janji untung. Susu bayi pon diorang sanggup angkut beli pakai luggage dari hong kong ke tanah besar sebab ragu dengan ketulenan susu sendiri. Dah la pampers pon recycle busuk2.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 07:59 AM | Show all posts
bertabah laaa..
tp ada duit berkepuk..untung laaa
boleh bercuti pegi mana nak pegi
kumpul semangat baru dn tenangkan fikiran..
kalau miskin mcm aku puas nak memujuk hati sendiri
serabut  nak pikir mcam mana nak survive segalanya nak tanggung sendiri dgn duit yg seciput
makan bulan, tahun..baru redha dn pasrah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2017 08:37 AM | Show all posts
semoga mendapat kedamaian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.253241 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list