Tidak seperti sesetengah selebriti lain, penyanyi Ani Mayuni, 38 berkata dia tak terfikir pun untuk membuat pembedaham plastik atau pun suntikan pada wajah.
Melalui temubual bersama Berita Harian, penyanyi dangdut itu berkata dia tidak berani melakukannya kerana ia perbuatan yang dilarang dalam Islam.
"Saya cuba mengelak daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran agama.
"Saya tidak berani untuk membuat suntikan Botox atau pembedahan wajah semata-mata untuk kelihatan cantik.
"Saya rasa, wajah saya sekarang sudah pun cukup cantik. Saya juga tidak mahu wajah saya menjadi sama dengan orang lain," katanya.
Dalam pada itu, bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Ani yang popular dengan lagu Sedap itu akan sibuk menjayakan persembahan di Hotel Royal, bersama rakan seperjuangan, Kelly Azman.
Foto: mstar
"Sebenarnya, sudah empat tahun saya diberikan kepercayaan menjayakan persembahan di sini.
"Macam biasa, saya dan Kelly akan mempersembahkan lagu Pantai Timur dan ketuhanan. Tetapi, ada juga pengunjung yang meminta saya menyanyi lagu lama saya," katanya. - CARI
Post time 27-4-2017 08:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Acik_Whitney replied at 27-4-2017 08:46 PM
lagu ani mayuni mana yg chuols lebih suka...terang bulan ke sedap?
dulu Ani Mayuni pernah buat show pakai seluar putih ketat....tetiba time bergelek lagu Terang Bulang Di saat Berpacaran sheols kebocoran hingga penampakan kesan merah terjadi...
Ya ampun???? @sepitsiput
Kenapa di ungkit kisah Perseteruan Lagenda 4 Negara Dangdut Akedemi Asia tu ?
Iols masih ingat betapa kita semua nyampah tahap dewa tiap kali dia nak bagi markah kan
sepitsiput replied at 27-4-2017 08:50 PM
dulu Ani Mayuni pernah buat show pakai seluar putih ketat....tetiba time bergelek lagu Terang Bulang Di saat Berpacaran sheols kebocoran hingga penampakan kesan merah terjadi...