|
Pernah tak anda bayangkan untuk memakai sepasang gaun persis sebiji pizza kegemaran anda? Kedengaran macam mengarut, tapi kenyataannya seseorang telah berjaya menghasilkan pakaian yang diinspirasikan daripada pizza yang meriah dengan 'topping'nya.
Susulan rekaan pakaian Taco Belle yang menjadi fenomena apabila membuat penampilan julung kalinya menerusi laman Instagram (IG), pereka fesyen Amerika Syarikat (AS) Olivia Mears kini maju setapak lagi dengan Gaun Pizza pula.
Ya, betul! Sama dengan apa yang anda sedang bayangkan, ia dihiasi dengan pepperoni, buah zaitun, hirisan lada dan cendawan, menjadikan gaun diilhamkan daripada pizza itu kelihatan lazat.
Tidak mengejutkan apabila ramai menyukai rekaan gaun itu. Berselera mata 'menjamah' keenakan hiasannya.
"Merealisasikan impian. Anda telah mereka sebuah pakaian yang cantik.
"Ini sesuatu yang menakjubkan.
"Saya dah jumpa gaun pengantin saya," antara komen netizen.
Memetik portal Independent, Olivia yang menggunakan nama AKA Avantgeek di laman sosial, pada asalnya mencipta pakaian itu untuk dipertandingkan pada pertandingan 'Piece of the Pie' anjuran rangkaian Domino's.
Walau bagaimanapun, ia bukanlah gaun diilhamkan daripada makanan pertama dihasilkan Olivia. Pada November lalu, dia telah mereka sepasang gaun daripada filem animasi Beauty and the Beast dengan sentuhannya tersendiri menggabungkan ciri Mexico iaitu gaun Taco Belle.
Foto: IG Olivia Mears
Menerusi akaun IG-nya, Olivia telah menghasilkan banyak gaun unik dan menarik. Anda boleh lewati laman IG Olivia di @avantgeek (https://www.instagram.com/avantgeek/?hl=en) untuk melihat semua rekaan gaunnya. - CARI |
|