|
Peminat kepada penyanyi Zayn Malik terkejut apabila melihat paparan gambar penyanyi kesayangan mereka itu sedang menaiki kerusi roda ketika menemui kekasihnya, Gigi Hadid.
Memetik laporan People, Zayn mengalami kecederaan pada kaki kirinya. Menerusi gambar yang beredar di laman sosial itu, bekas ahli kumpulan One Direction terlihat cuma memakai t shirt dan seluar jeans, manakala kaki kirinya dibiarkan tidak berkasut sambil menaiki kerusi roda.
Pun begitu, penyanyi berusia 24 itu tidak mahu melepaskan peluang untuk tetap menemui kekasihnya meskipun dalam keadaan yang kurang mengizinkan.
"Zayn dalam keadaan tercedera tapi dia baik-baik sahaja," ujar jurucakapnya kepada People.
Dalam pada itu, Zayn baru-baru ini mendedahkan nama panggilan manja buat kekasih supermodelnya itu yang menyambut hari jadi ke-22 minggu lalu.
"Saya panggil dia Gee, dia panggil saya Zee," ujar Zayn. Alahai comelnya! - CARI
Foto: Cari Internet
|
|