CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17585|Reply: 165

[Tempatan] (Update: Punca lepas MANDI buat sambungan WAYAR #1) Lagi 2 hari nak TAMAT pengaj

[Copy link]
Post time 8-5-2017 07:38 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 8-5-2017 02:38 PM




Semoga rohnya dicucuri rahmat

Isnin, 8 Mei 2017 @ 1:46 PM

JENAZAH penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang meninggal dunia kerana terkena renjatan elektrik selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Perak, Georgetown, hari ini.

Jenazah Siti Nor Manisya Muhammad Azmi, 19, dikebumikan pada 11.30 pagi dengan kira-kira 100 ahli keluarga serta rakan hadir memberi penghormatan terakhir.



Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan sejurus bapanya, Muhammad Azmi Prem Kumar Abdullah, 53, tiba dari Langkawi, Kedah pada 12.30 tengah hari.

Muhammad Azmi yang tidak sempat menatap wajah anak keduanya itu buat kali terakhir hanya mampu menangis dan terpaksa dipapah seorang ahli keluarga kerana dilihat terlalu lemah.



Dalam kejadian 8.30 malam tadi, Siti Nor Manisya meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital selepas terkena renjatan elektrik dalam bilik di kolejnya.

Mangsa ketika itu dikatakan baru selesai mandi dan mahu membuat penyambungan wayar sebelum disambar arus elektrik hingga membuatkan dia rebah dan tidak sedarkan diri

Pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang maut terkena renjatan elektrik            
Astro Awani | Mei 08, 2017 09:21 MYT                                   

KEPALA BATAS: Seorang pelajar perempuan  Kolej Matrikulasi  Pulau Pinang di sini maut dipercayai terkena renjatan elektrik di bilik asramanya malam tadi.

Mangsa, Siti Nor Manisya Amer Prem Kumar, 19, pelajar jurusan sains di kolej berkenaan ditemukan dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri oleh rakannya kira -kira jam 8.15 malam.


Rakan mangsa kemudiannya melaporkan kejadian itu kepada pihak pengurusan kolej.

Mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas( HKB) untuk rawatan namun disahkan meninggal dunia.



Sementara itu, ibu mangsa, Norsiah Shaari, 53, berkata dia sekeluarga baru sahaja bertemu dengan Siti Nor Manisya kira -kira dua jam sebelum kejadian berlaku.

“Kali terakhir dalam jam 6 lebih kami angkat barang dia (mangsa),  sekitar 7 malam, dia ajak kami makan dan dia  belanja kami makan. Dia ceria, saya rasa gembira dia hendak balik dua hari lagi,  memang kami waktu makan semua seperti biasa. Dia ceria orangnya, saya terima, redha dengan ujian Allah,”  kata Norsiah ketika ditemui di sini malam tadi.

Menurut Norsiah, anaknya akan menamatkan sesi pengajiannya akan Selasa ini.

Jenazah mangsa dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Hashim Yahya, Jalan Perak selepas solat Zohor hari ini.



Pilunya...
Isnin, 8 Mei 2017 @ 1:22 AM

Kepala Batas: Penuntut Kolej Matrikulasi Pulau Pinang, Pongsu Seribu, di sini, meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik malam tadi dan lebih memilukan dia sepatutnya menamatkan pengajian dua hari lagi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, Siti Nor Manisya Muhammad Azmi Prem Kumar, 19, dikatakan terkena renjatan di bahagian ibu jari kiri berdasarkan kesan kecederaan.

Ibunya, Norsiah Shaari, 52, berkata, sebelum kejadian dia sempat menikmati makanan di kafeteria pusat matrikulasi bersama anak keduanya itu.

"Kira-kira dua jam selepas itu, saya dikejutkan dengan berita Siti Nor Manisha terkena renjatan elektrik dan berada di Hospital Kepala Batas (HKB).

"Dia hanya mempunyai dua hari lagi untuk tamat pengajian dalam aliran sains," katanya

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 07:45 AM | Show all posts
punca kena renjatan???
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:50 AM | Show all posts
inalillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Sdeynye.. Cmne bley dpt renjatan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:52 AM | Show all posts
takziah.....


Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah. Sedihnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2017 07:59 AM | Show all posts
Pantang betul la baca berita takda isi penting camni..citer la camne bole kena renjatan..2 hari tamat pengajian tu x penting kot..tu yg diulangnye..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:10 AM | Show all posts
salam takziah..

tapi puncanya yang boleh terkena renjatan tu cmana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 08:11 AM | Show all posts
siannyaa..
innalillahiwainnailaihirojiun...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Lokasi kejadian di kolej kah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:25 AM | Show all posts
tt asal boleh bukak trid jek ke
die baca pastu buat sinopsis sndri
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
siannya makcik...takziah dan bertabahlah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Macam lahanat isi brita....

Apa2 pun takziah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:32 AM | Show all posts
innalillah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Info x lengkap..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:44 AM | Show all posts
takziah.. nak tau juga punca arwah kena renjatan tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 08:54 AM | Show all posts
takziah dan bertabahlah makcik
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 08:58 AM | Show all posts
Takziah kepada keluarga mangsa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 09:03 AM | Show all posts
aduhai pilunye....takziah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 09:10 AM | Show all posts
sedihnya..takziah utk keluarga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.074520 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list