Edited by Themilo at 14-6-2017 08:31 AM
Ramai sedia maklum, pelakon Fauziah Ahmad Daud atau lebih mesra disapa Kak Ogy kini semakin aktif menyara kehidupannya dengan menjalankan perniagaan. Antara produk beliau yang menjadi tumpuan adalah Sambal Goreng Saadiah dan Kurau Masin Berlado.
Namun baru-baru ini terdengar kisah yang kurang enak di laman Instagram beliau. Salah seorang pengikutnya telah tampil memberikan kritikan pedas ke atas perniagaan yang dijalankan Ogy.
Individu tersebut dengan beraninya bersuara lantang memberikan pendapatnya tentang usaha Ogy menggunakan bisnes sebagai medium untuk menjana pendapatan.
Menurut pengguna Instagram tersebut, dia menyarankan agar orang ramai tidak menyokong produk yang dikeluarkan oleh pelakon veteren itu kerana kualitinya yang tidak setara dengan jenama. Malah dia beranggapan Ogy kini sedang terdesak menyara kehidupannya di usia senja selepas berkelakuan liar pada zaman mudanya. Bagaimanapun Ogy dalam kiriman terbarunya meminta pendapat orang ramai tentang komen yang dilontarkan wanita berkenaan. Rata-rata para pengikut Ogy meminta agar beliau bersabar dalam menerima kritikan yang dilontarkan kepadanya. Mohon acik Ogy bersabar & menuntut dengan Diva AA.
|