Apa pula ceritanya juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015) kali ini, sampai ibunya menggelar penyanyi itu sebagai Malin Kundang?
Foto: IG Sufi Rashid
Memetik Astro Gempak, ibu kepada Sufi Rashid iaitu Irma Suriana Mahamud meluahkan rasa kecil hatinya sehingga terasa seperti dikhianati darah daging sendiri menerusi sebuah entri di akaun Facebook (FB) miliknya.
Malah, Irma turut mendakwa Sufi merupakan seorang anak yang tak kenang budi selain mengabaikan ibunya sendiri.
"Tiada apa yang nak banggakan jika penyudahnya kita dihumban seperti kain buruk.
"Yang ada sekarang pun, si maling kundang tangan panjang," tulisnya.
Foto: Astro Gempak/FB Irma
Kecil hati betul ibu Sufi itu sehingga mendedahkan apa yang sarat terpekung di dada.
Sementara itu, Sufi turut memberi respon terhadap dakwaan ibunya itu menerusi sebuah kenyataan di akaun FBnya.
Foto: IG Sufi Rashid
Menurut Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufie Rashid, kasih sayang terhadap ibunya takkan pernah pudar.
Foto: Astro Gempak/FB Sufi Rashid
Apa dah jadi sebenarnya ni? Semoga salah faham ini dapat diselesaikan segera dengan cara baik dan hubungan ibu serta anak itu segera pulih. - CARI |