Belum pun sempat muzik video rasmi single sulung Datuk Seri Vida (DSV), I Am Me dilancarkan, rata-rata netizen sudah mula kecoh bercerita mengenai fenomena lagu itu.
Memetik laporan mStar, muzik video berlirik lagu 'I Am Me' yang memaparkan aksi usahawan kosmetik itu sedang rancak dikongsikan hampir di semua media sosial.
Di platform YouTube sahaja, lirik video 'I Am Me' sudah ditonton lebih 50,000 pengunjung sejak dimuatnaik dua hari lalu.
Bagi pencipta lagu itu, Edry Abdul Halim, 41, usahanya untuk menjadikan I Am Me satu fenomena viral sudah menampakkan hasil.
"Memang tujuan utama untuk lagu itu menjadi viral sebab Datuk Seri seorang yang suka benda-benda yang menarik perhatian."
"Vida sendiri melambangkan keyakinan seorang wanita dan 'I Am Me' memang sesuai untuk dia."
Single sulung Vida sudah diperkenalkan menerusi platform digital dan dilancarkan secara rasmi pada Jumaat lalu.
Manakala, muzik video dijangka boleh ditonton pada awal Ogos depan.- CARI
Post time 16-7-2017 04:52 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni music ala2 oppa gang nam style versi gegurl malaypop..tembun dh sama..hehe..psy trademark spek itam heols...dato vida plk crown gituuu...i want i want i want you..muah muah muah