Sangat menyakitkan hati apabila bertemu pemandu yang mementingkan diri sendiri. Lebih sakit, apabila mereka bersikap kurang ajar dan 'tak makan saman'. Sememangnya menguji keimanan!
Berang dengan tindakan seorang wanita di jalan raya, Syadiq Ismail meluahkan kekesalannya itu di laman Facebook.
"Dari lorong kiri nak masuk kanan tak reti bagi lampu isyarat,
terus himpit kereta orang sampai hampir terlanggar.
"Bila dihon, bukan nak ke tepi atau minta maaf.
Lagi dia tekan minyak dan himpit, acah-acah nak langgar," tulisnya.
Menurut Syadiq, kejadian berlaku di Seksyen 8, Shah Alam, menuju ke Hotel Concorde.
Dalam pada marah-marah tu, sempat juga Syadiq berseloroh.
"Kalau ada yang kenal atau rasa nak buat bini, nasihatkanlah ya," katanya.
Rata-rata netizen menyebelahi Syadiq kerana berang dengan sikap kurang ajar dipamerkan wanita terbabit.
"Sangat kurang ajar.
"Geng macam ni kalau kat penang, memang dah 'simen'.
"erempuan, acah-acah road bully... Kang kena kejar, lelaki pula yang disalahkan. Hmmm," antara komen netizen.
Kalau di atas jalan raya tu, janganlah terlalu mementingkan diri sendiri. Sikap toleransi itu sangat penting supaya tiada kejadian buruk berlaku. Banyakkan bersabar, okey? - CARI |