View: 6666|Reply: 4
|
[Tempatan]
Na'imah sebak kes Allahyarham Daim digugurkan
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 21-11-2024 01:37 AM
Allahyarham Tun Daim Dibebaskan Daripada Tuduhan, Toh Puan Na’imah Sebak
Isteri kepada bekas Menteri Kewangan, Toh Puan Na’imah Khalid beredar selepas Mahkamah Sesyen melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim Zainuddin daripada pertuduhan gagal mengisytiharkan harta di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Foto : SADIQ SANI
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Nah info!
Kes Allahyarham Tun Daim Zainuddin
Janganlah terlalu emosi dengan keputusan Yang Berhormat Peguam Negara menarik balik prosiding terhadap Allahyarham. Kuasa untuk memula menerus dan memberhenti prosiding jenayah adalah di tangan Peguam Negara (yang juga Pendakwa Raya) menurut Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimana mahkamah hendak meneruskan prosiding dengan kematian Tun Daim? Jika mahkamah memutuskan diakhir pendakwaan Tun Daim perlu membela diri bagaimanakah pembelaan itu dapat dilakukan. Jika sebaliknya mahkamah akan membebaskan Tun Daim yang sebenarnya telah bebas dari urusan dunia. Begitu juga hukuman yang hendak dilaksanakan jika Tun Daim didapati bersalah, bagaimana hendak dilaksanakan?
Isu hendak membersihkan nama Tun Daim telahpun dilakukan oleh mahkamah apabila mahkamah memerintahkan Tun Daim dilepas dan dibebaskan. Bukankah semasa hayatnya Tun Daim mahukan keputusan ini?
Malah proses di dalam prosiding jenayah lazimnya memerlukan kehadiran tertuduh, tertutduh berhak mengetahui apa yang berlaku didalam prosiding mahkamah bagi memberi peluang untuk menyediakan pembelaan jika perlu.
Situasi ini berbeza dari kes Karpal Singh yang didapati bersalah selepas perbicaraan penuh dijalankan di mahkamah tinggi dan gagal di Mahkamah Rayuan. Mendiang Karpal Singh merayu ke Mahkamah Persekutuan tetapi meninggal sebelum rayuan diputuskan. Dalam kes Karpal Singh perbicaraan telah dijalankan sepenuhnya. Ia diperingkat rayuan. Rayuan inipun diteruskan oleh Gurmit balu mendiang Karpal Singh, suaminya, atas alasan ia akan membersihkan nama Karpal Singh jika rayuan diterima dan segala pencen dan faedah sebagai wakil rakyat boleh dinikmati keluarga.
Memang sudah seharusnya Pihak Pendakwaan menarik balik pertuduhan dan mahkamah melepas dan membebaskan Allahyarham Tun Daim.
Dato’ Haji Zainul Rijal Abu Bakar
Penasihat
Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia
20 Nov 2024 |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 alasan la walanon2 bagi tak nak teruskan kes... pehtu dok ulang ratiban sakau sakau sakau
dgn mahathir belum mula lagi ni... bila dah dekat nak pru nanti atau bila mahathir mcm dah nak kiok nanti baru la mula peruduhan itu la pertuduhan ini la
bila dah pru dan kemudian jadi apa2 nanti keluar la ratiban walanon2 cakap perjuangan menentang rasuah terganggu laa.. proses reformasi terganggu laa.. mcm2 alasan keluar nanti
tak pun bila mahathir kiok nanti, mula la keluar alasan spt yg jadi mcm daim ni
bongok punya walanon2.. proses menegakkan keadilan tu boleh je diacu secara bersama bagi betul2 mendapatkan keadilan lebih2 lagi utk rakyat marhaen
isu tak disetelkan betul2 pehtu terbiar je isu tu dlm gray area.. bila satu2 isu tu takde hitam putih yg jelas, puak walanon terus mainkan naratif politik bagi keuntungan puak politikus yg disanjung mereka |
|
|
|
|
|
|
|
terma2nkondisi2 replied at 20-11-2024 11:44 PM
macam2 alasan la walanon2 bagi tak nak teruskan kes... pehtu dok ulang ratiban sakau sakau sakau
dg ...
Bangang jgk ko walauntit … pesal org suruh istihar harta tak nak? Suh isytihar harta aje skang ni. Kl betul dan yakin mmg xde bt apa² kesalahan yg melanggar perundangan negara, kenapa yg jadi susah sgt nk isytihar? |
|
|
|
|
|
|
| |
|