View: 6096|Reply: 3
|
[Tempatan]
Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-11-2024 11:40 PM
Dendeng & Sambal Nyet Khairul Aming Dapat Sijil Halal JAKIM
Pempengaruh dan pengusaha kilang sambal, Khairul Amin Kamarulzaman atau lebih dikenali sebagai Khairul Aming mengumumkan produk miliknya kini mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Menerusi muat naik video penerimaan sijil halal di TikTok, Khairul Aming mengesahkan kedua jenis produk keluarannya, Dendeng dan Sambal Nyet kini sudah disahkan halal.
"Alhamdulillah Dendeng dan Sambal Nyet kini disahkan HALAL oleh JAKIM. Bermula dengan kilang dari zero, kita bina sedikit demi sedikit sehingga dapat pengiktirafan.
"Setakat ini, kita dah dapat sijil MESTI dan HALAL, doakan kita boleh mohon HACCP juga untuk kilang dekat Kelantan," ucapnya.
BACA: Ramai Tertanya, Khairul Aming Dedah Berapa Duit Habis Bawa Pekerja Bercuti
Menurutnya lagi, kilang miliknya itu diiktiraf selamat, bersih dan juga halal apabila menerima kedua-dua pengiktirafan tersebut.
"Sebelum ini kita bermula dengan satu kilang di Kota Bharu daripada kosong. Dari situ kita develop sedikit demi sedikit kita bina kilang tu. Lepas itu, kita ada dua buah kilang dengan 100 orang pekerja," ujarnya.
Khairul Aming turut mengumumkan pengiktirafan halal ini merupakan permulaan langkah baru perniagaannya bagi meluaskan pemasaran produk ke pasaran yang lebih besar. Melalui pengumuman tersebut juga, Khairul Aming memberi bayangan awal pengeluaran produk ketiga yang dijadualkan pada tahun hadapan.
"Harapnya boleh kita kembangkan ke industri e-dagang dan juga pengilangan makanan di Kota Bharu, Kelantan.
"Sekarang kita tengok fokus untuk hasilkan produk ketiga yang insya-Allah akan keluar tahun depan dan lagi sebulan kita akan masuk tahun kelima perniagaan kita ini. Jadi terima kasih semua atas sokongan," tambahnya lagi.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Rasa produk macam sambal gini tak susah nak prepare documentation utk apply halal. Cuma kena menten kawasan production bagi bersih, kena bagi pekerja semua ada kad cucuk. Tapi kalau melibatkan raw mate yang diimport tu yg leceh..sebab ada bahan2 import yg sijil halal depa hanya valid 6 bulan saja..dah la proses nak apply halal tu ambik masa berbulan2 sementara nak lulus. Time submit document ada bahan yg sijil halal dia pun valid beberapa bulan je lagi nak expired. Dah nak kena tunggu pengilang sana renew sijil yg baru pulak. Makan masa lagi. Dok pending lagu tu lah. |
|
|
|
|
|
|
|
suka KA tp xpernah beli lg sambal heols ni..pedas kan?
aritu i beli bwk pergi oz..bg kt boss dgn kwn..diri sendiri xrasa lg |
|
|
|
|
|
|
| |
|