View: 8035|Reply: 8
|
[Tempatan]
Bukan Abangla:Dua lelaki sahabat baik Wan Muhammad Ariff Danial Wan Abd Rasid dan Cheong Jia Fu bermain gitar dan berpegangan tangan buat netizen terharu di Tiktok
[Copy link]
|
|
Edited by YgBenar at 20-11-2024 08:15 PM
Kuala Lumpur: Perbezaan warna kulit, kaum dan agama bukan halangan untuk Wan Muhammad Ariff Danial Wan Abd Rasid dan Cheong Jia Fu menjadi sahabat baik.
Buktinya, Wan Muhammad Ariff Danial dan Cheong yang kedua-duanya berusia 23 tahun berkawan rapat sehingga hari ini sejak hari pertama berkenalan apabila bergelar penuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak.
Kisah dua sahabat itu mendapat perhatian selepas Wan Muhammad Ariff Danial, 23, atau dikenali Nya Mantapo memuat naik video menunjukkannya berpimpin tangan dengan Cheong, selain menyanyi sambil rakannya itu bermain gitar.
Sehingga kini, video berkenaan meraih hampir 140,000 tontonan sejak dimuat naik tiga hari lalu.
Menyingkap kisah mereka, Wan Muhammad Ariff Danial berkata, dia dan Cheong atau dikenali Jeff mula berkenalan kira-kira tiga tahun lalu selepas dimasukkan ke kelas sama bagi mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan.
Menurut Wan Muhammad Ariff Danial, dia dan Cheong menjadi rapat kerana ada keserasian dan persamaan sikap.
"Saya jenis orang yang 'gila-gila', manakala Cheong pula 'happening' dan sebab itu kami boleh berkawan rapat.
"Saya pernah ada kawan Cina sebelum ini tapi kebanyakannya pendiam namun Cheong lain dan boleh layan juga terima perangai saya kerana dia pun sama.
"Kami tinggal di satu kawasan perumahan jadi memang kerap makan dan keluar bersama bila ada waktu terluang," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Wan Muhammad Ariff Danial yang berasal dari Kemaman, Terengganu berkata, sepanjang perkenalan, dia dan Cheong tiada masalah walaupun ada perbezaaan latar belakang kerana saling memahami serta menghormati kepercayaan agama masing-masing.
"Setakat ini, Cheong belum lagi nak tahu lebih lanjut mengenai Islam cuma pernah tanya kenapa anjing diharamkan untuk sentuh.
"Jadi, saya terangkan kepadanya dan dia pun faham. Apabila di bulan puasa, Cheong ada teman beli makanan berbuka dan hormat saya yang berpuasa.
"Apa boleh saya katakan, dia memang kawan yang 'sporting' dan tak ada masalah antara kami setakat ini," katanya.
Berhubung perkongsiannya di TikTok, Wan Muhammad Ariff Danial berkata, niatnya berkongsi sekadar untuk menyimpan memori dengan Cheong di samping menyampaikan mesej persahabatan tanpa mengira kaum dan agama.
"Ramai yang positif (maklum balas) tapi ada juga kecam dengan mengatakan kami gay hanya kerana berpimpin tangan.
"Bagi saya tiada masalah (berpimpin tangan), malah tak berdosa pun kerana itu hanya untuk suka-suka dan tanda persahabatan antara kami.
"Cuma tahap pemikiran dan penerimaan setiap orang berbeza jadi saya terima saja apa pun pandangan," katanya yang bakal menamatkan pengajian Jun tahun depan dan akan terus bersahabat dengan Cheong.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sambil.jalan berpegang tangan ko nak... |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga berbahagia till jannah sissy. Akak restu dek. |
|
|
|
|
|
|
|
jrg ada kwn lelaki begini..ko jgn mcm mcm dek
adik laki i dulu pernah ada kwn mcmni..rapat...sekali dia tahu kwn dia tu rupanya mnt kt dia...putus kwn terus..
geli geleman..masa tu terdetik jgk tah tah adik i tu gei tp syukur heols lelaki tulen..
muka helok mmg la gay ngetaste.
yg tyle m tu ting ting berdenting
tgk gaya mulut |
|
|
|
|
|
|
|
Lain macm.pegang tangan bagai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Risau kesucian dak cjna tu diapa apakan |
|
|
|
|
|
|
|
rakan baik sejiwa tak perlu pun berpegangan tangan
pelikeeee lah
saya ada 1 BFF yg menangis bersama dan sanggup mempertahankan saya
shes here in forum |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 20-11-2024 11:14 PM
Duta lover replied at 20-11-2024 09:32 PM
Risau kesucian dak cjna tu diapa apakan
Mana satu bottom....tapi tengok Melayu tu macam Top.
Most Melayu memang minat Cina. Tapi disebabkan agama diorang just lupakan je.
Kat kampung aku ada lelaki Melayu dgn perempuan Cina buka kedai runcit, tapi katanya parents Cina tu cam tak restu...tapi diorg cam belangkas. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-11-2024 11:11 PM
Mana satu bottom....tapi tengok Melayu tu macam Top.
Most Melayu memang minat Cina. Tapi disebabk ...
Aku nampak mcm yg melayu tu bottom. Idk? Huhu...yg cina tu pun melayan je.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|