Lagi kes abang rogol adik kandung. Harian Metro melaporkan, dua lelaki masing-masing berusia 18 dan 20 tahun ditahan selepas merogol dan memukul adiknya di kediaman mereka di Sungai Petani.
Suspek berusia 18 tahun mula memperkosa mangsa, 16, sejak bapa mereka meninggal dunia pada Jun 2015, ketika mereka bersendirian di rumah.
Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Saifi Abd Hamid, mangsa diugut akan dicederakan sekiranya dia membuka mulut.
"Suspek berusia 20 tahun pula ditahan kerana sering memukul adiknya
dan memaksa mangsa melakukan perbuatan mencuri sejak 2013.
“Ibu mereka yang menghidap kanser rahim ketika kejadian menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim menyebabkan suspek berani melakukan perbuatan itu," katanya.
Tambahnya, mangsa yang kali terakhir dirogol pada 30 Julai lalu memaklumkan perkara berkenaan kepada ibunya, namun wanita itu tidak mengambil sebarang tindakan dek kerana keadaannya yang lemah akibat penyakit dihidapi.
"Malah mangsa turut pernah dipukul dan diseret atas jalan tar menyebabkan kesan parut di badan sehingga kini.
“Dia yang tidak tahan diperlakukan kedua-dua abangnya kemudian tampil membuat laporan polis semalam sebelum mereka berdua kemudian ditahan," katanya.
Suspek yang didakwa merogol adiknya direman bermula hari ini hingga 23 Ogos, sementara abangnya direman sehingga 20 Ogos ini.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya. - CARI |