Kelakarlah suami kepada Adira Suhaimi, Datuk Red ni. Asyik bermain cinta sahaja kerjanya. Kali ini, dia mengaku sedang rapat dengan seorang pelakon wanita bernama N.
Memetik mStar Online, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu, 39, mengaku menjalin hubungan itu sejak beberapa bulan lalu. Bagaimanapun, hubungan itu sudah 'terkubur' selepas tembelangnya pecah.
"Ya, betul cerita tu, saya memang ada berkawan dengan seorang pelakon wanita
tapi hubungan tersebut sudah diketahui Yayang (Adira)
selepas pelakon itu sendiri bocor rahsia.
"ada awalnya dia janji tak mahu kecoh-kecoh, tapi dia pula yang bagi tahu Adira. Memang kena marahlah saya. Mungkin juga ada kehendak dia yang tak saya turuti," ujarnya kepada mStar Online.
Foto: IG Adira
Terdahulu, Datuk Red pernah terkantoi bermesraan dengan pelakon Ruhainies apabila video dia memeluk aktres terbabit di sebuah pusat beli belah tersebar.
Video: mStar Online
Menurut mStar Online, Datuk Red tidak berniat mendirikan rumah tangga, mahupun mengambil wanita berkenaan sebagai isteri.
Foto: mStar Online
Katanya, mereka hanya berkawan baik sahaja. Katanyalah. - CARI |