Baru-baru ini kecoh di laman sosial apabila netizen mula mendakwa terlihat 'baby bump' Nora Danish menerusi salah satu perkongsian fotonya di akaun Instagram (IG) miliknya.
Berikutan itu, suami Nora, Nedim Nazri memberi reaksi berhubung khabar angin itu dan meminta diberi ruang sebelum membuat apa-apa pengesahan.
"InsyaAllah, kalau confirm ada isi (hamil) saya akan beritahu,"
ujarnya kepada mStar Online pada Selasa.
Terdahulu, netizen mula membanjiri ruangan komen pada gambar sekitar majlis perkahwinan pelakon Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran apabila mendakwa terlihat perut Nora seolah-olah ada 'baby bump'.
Foto: IG Nora Danish
Hisy, badan baru naik sikit sudah dikatakannya berbadan dua. Cepat betul masyarakat buat spekulasi. Tapi tak salahpun kalau betul Nora bakal menimang cahaya mata, kan? - CARI |