"AF Megastar bukan tempat untuk saya 'condemn' tetapi bila saya komen itu
saya cakap untuk masa depan mereka di masa dua tahun akan datang."
Siapa tak kenal juri tetap AF Megastar Datuk Ramli MS. Boleh dikatakan hampir semua bintang gentar dan berhadapan dengannya untuk menerima kritikan.
Foto: Astro Awani
Bagaimanapun, Ramli berkata, program itu bukan tempat untuk dia mengkritik semata-mata, sebaliknya mengharapkan komen diberi dapat membuka mata mereka untuk terus memandang ke hadapan.
"Sebenarnya saya jangka sesuatu yang lebih intelektual daripada bintang AF Megastar.
"Saya melihat daripada segi cara pemikiran mereka terhadap bidang seni yang diceburi itu.
"Mereka perlu tahu bagaimana hendak menjadikan karier nyanyian sebagai perniagaan," katanya kepada Astro Gempak.
Foto: IG Ramli MS
Sementara itu, Ramli turut memuji persembahan bintang pada minggu lalu.
"Saya boleh kata semua menunjukkan prestasi yang konsisten dan bagus dari minggu ke minggu.
"enyanyi yang cerdik dan berakal akan membuat mereka lebih bagus di atas pentas," katanya.
Konsert pada Ahad lalu menyaksikan penyingkiran Sufi selepas memperoleh markah terendah daripada sembilan bintang lain dan lapan bintang yang bakal berentap di konsert seterusnya ialah Bob, Idayu, Marsha, Shahir, Amir Jahari, Indah, Syamel, dan Amir. - CARI |