Datuk Jamal Yunos sememangnya terkenal dengan idea baru untuk melahirkan ketidakpuasannya terhadap tindakan yang diambil oleh pihak pembangkang.
Pelbagai kerenah yang menghiburkan diperlakukan oleh Datuk Jamal Yunos seperti usung katil dan tong ais krim ke Bangunan Pentadbiran Kerajaan Selangor, SUK Selangor, memakai baju mandi dan membawa berus gigi, mencampak tong air dan yang terbaru memecah botol bir di depan bangunan SUK.
Memetik laporan Kinitv, ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu hari ini hadir dengan menaiki motosikal berkuasa tinggi berwarna hitam untuk memberi aiskrim percuma kepada orang ramai di pusat beli-belah Ampang Point, sebagai kempen bantahan pesta arak di Selangor.
Kempen itu dinamakan sebagai Kempen Aiskrim DAP (Dapat Aiskrim Percuma) akan dibuat setiap hari.- CARI