CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7522|Reply: 39

"Tiz Zaqyah Banyak 'Komplen'? Nanti Saya Lantik Jadi AJK" - Zed Zaidi

[Copy link]
Post time 12-10-2017 10:52 AM | Show all posts |Read mode
"Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan."



Aik, siapa yang Zed Zaidi nak lantik jadi Ahli Jawatankuasa Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) tu? Dah kenapa pula?




Foto: IG Zed Zaidi




Memetik mStar Online, Zed selaku Presiden persatuan itu meminta Tiz Zaqyah hadir pada mesyuarat agung Seniman akan datang jika mempunyai sebarang cadangan mahupun masalah sebagai seorang pelakon.


Menurut Zed, luahan rasa kecewa Tiz berhubung industri seni di laman sosial tidak memberi sebarang perubahan, inikan pula nak membantu pengiat seni lain.




Foto: IG Tiz Zaqyah



"Cakap senang, kita buat mesyuarat panggil semua pengiat seni tidak pernah nampak batang hidung pun. Kalau dia rasa berhadapan dengan masalah sila utarakan dalam mesyuarat nanti. Kalau banyak sangat complaint saya nak lantik dia jadi Ahli Jawatankuasa tahun depan.

"Jangan samakan kita dengan industri luar, mereka sudah lama, persatuan kita dalam proses pembelajaran dan sebab itu kita mahu semua orang beri sokongan dan idea," ujarnya kepada mStar Online.


Zed membidas kenyataan Tiz di media sosial yang kecewa dengan permainan industri seni yang dilihat tidak setimpal dengan apa yang diperolehi sebagai anak seni sebelum ini.







mStar Online



"Kad ahli itu adalah penting sebagai lesen supaya kawal industri daripada banjiran pelakon luar," jelasnya.


Ini pula jawapan Zed berikutan persepsi negatif masyarakat terhadap artis 'bimbo'.

"Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh.

"Dia tidak tahu dan ambil tahu tentang perkara-perkara itu, dia hanya tahu cari kesalahan sahaja. Berkaitan masa bekerja itu kami sedang memperjuangkannya dan ia bukan sesuatu yang mudah seperti bercakap di laman sosial," ujarnya.




Foto: IG Zed Zaidi




Banyak betul 'drama' dalam industri seni Malaysia ni ya? Anda setuju dengan siapa? - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 11:03 AM | Show all posts
"Itu perkara utama saya perjuangkan iaitu sediakan peluang untuk artis sambung belajar peringkat ijazah sarjana muda di Universiti Utara Malaysia. Apabila ramai artis yang sambung belajar, ia secara tidak langsung mengubah persepsi masyarakat bahawa artis Malaysia bodoh"

Memang bagus usaha tu...tapi tak semestinye  dengan sambung study tu artis kite akan jadi pandai. Aku rasa Tiz maksudkan bimbo tu dari segi "kekayuan dalam lakonan" dan  "perangai tak semenggah" artis yg memalukan. bukan maksud artis tu cuma ada SPM and tak da degree dikira bodoh
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sama bodoh je dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:11 AM | Show all posts
betul la tu, jadah apa kau nak menyalak kat socmed, tapi meeting pun tak datang? such a bij..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Kali ni akaq sokong ZZ sbb dia ckp ada point. Kena kawal kebanjiran ombak segala macam retis2 baru yang sedih dan kayu kayan. Tgk tagline pertandingan lelaki maskulin apa benda ntah 'peluang jadi pelakon'. Oh now jd pelakon kena masuk pertandingan laki tanggal baju jah & sbb rupa? Bukan lg kena masuk akademi belajar? Giytewww akaq bersemangat
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 11:46 AM | Show all posts
hmmmmmmm........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 12:07 PM | Show all posts
gigih lah iols baca rempanan TZ smlm. hahaha! panjang betul sheols taip.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
sejak kes tekya byk pulak royanan minah ni.. terkesan sgguh sheolss ngn kes ittew.. nape kiah? chuolss takut org csi ko pulak ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 12:19 PM | Show all posts
bolehllah tiz jadi AJK Kelab Sosial
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun Zed Zaidi tu tolol, tapi dalam hal ni ada betul juga dia cakap sebab Tiz ni dah kutuk seniman tapi meeting apa semua haram tak pernah datang. Zaman sekarang senang sangat nak kutuk kondem kehulu kehilir di sebalik media sosial tapi bila minta join bagi pendapat dan sumbangan jadikan sesuatu benda yang dikritik tu lagi baik tak nampak batang hidung pun.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:49 PM | Show all posts
who r yussss zed zaidi? knp byk yg x amek heolls berlakon? byk cekadak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:56 PM | Show all posts
adakah tekya yg menjadi punca ?


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:11 PM | Show all posts
btw, motif membership cuma utk mengawal lambakan pelakon luar? tu jah kah?

patutla kualiti pun kelaut.. dari dramanya sampai ke pelakonnya.. jadi imegresen dalam industri seni kira paling terrrrpenting sekali ke acahne?
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
abam jed sentap oo.. abam jed pulak sudah sambung blajar uum? tz pun sama bodoh takde keje nk kecam si presiden
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju dgn ZZ..

tp kan, dedulu retis retis yg lantanb bersuara mcm Amani, Afdlin, Lisa, Dira...rajin dtg meeting siap bertanding jawatan lagi...tp si zed zeldom tetaplah amik macai macai dia jd AJK....antaranya si pelakon spektra sendu Rena Tan & Shariza Mahmud...dah berkurun cina dan acik kepam ni tak berlakon tp menten pegang jawatan... dulu Abu Bakar Omar pun pernah merentan kt zed zeldom ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Bg jela tiz tu jd ajk. Alaahaii zz ni oun, org tu tatau ko bgtau. Jgn butthurt sgt mcm bgs!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 12-10-2017 05:11 AM
btw, motif membership cuma utk mengawal lambakan pelakon luar? tu jah kah?

patutla kualiti pun ke ...

persoalannya adakah kad keahlian mampu mengawal kedatangan artis luar. wow mcm green card lah kiranya. macam tak seswai pelaksanaan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorg retis poyo gila kuasa sorg lg retis lalok mendadih elokkk lerrr tuuuu next~
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:27 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 12-10-2017 01:19 PM
setuju dgn ZZ..

tp kan, dedulu retis retis yg lantanb bersuara mcm Amani, Afdlin, Lisa, Dira...ra ...

Kan.. dulu nmpk gak pelakon2 A list ni dtg meeting .. tp sejak kes Vanida tu dah xnmpk dah..
kebykkan AJK yg dilantik2 geng2 ZZ..



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
sepitsiput replied at 12-10-2017 01:19 PM
setuju dgn ZZ..

tp kan, dedulu retis retis yg lantanb bersuara mcm Amani, Afdlin, Lisa, Dira...ra ...

I baru tertanya benda yang sama. Kalau diorg ambik pelakon2 macam Amani, afdlin, redza minhat or anybody yang betul2 perjuangkan seni I think our entertainment industry really can change. Tapi rupanya zed zaidi pulak pilih bulu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.053268 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list