Jujur sungguh seorang pekerja pembersihan warga Indonesia apabila menyerahkan dompet yang mengandungi RM12000 selepas menjumpainya di bilik persalinan bayi Kompleks Beli Belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.
Menurut Harian Metro, wanita yang dikenali sebagai Markina Samana, 43, itu langsung tidak mengetahui jumlah wang yang ada di dompet dan terus menyerahkannya kepada penyelia.
Markina, Foto: Harian Metro
"Masa jumpa memang terkejut tetapi saya terus menyerahkan kepada penyelia.
"Saya tak membukanya kerana ia bukan milik saya dan tiada hak untuk melihat isi kandungan di dalamnya."
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata, dompet berkenaan mengandungi sejumlah wang tunai iaitu USD3,000 (RM12,666) dan Syria Pound 3,650 (RM30).
Foto: Kosmo Online
Tiada langsung dokumen pengenalan ditemui melainkan sekeping gambar dua lelaki dan dua wanita dewasa bersama dua kanak-kanak dipercayai warga Timur Tengah.
"Buat masa ini, kita masih belum mengenal pasti siapa pemilik dompet ini kerana tiada laporan kehilangan dibuat.
"Tetapi kita percaya pemiliknya adalah warga Timur Tengah berdasarkan gambar yang ada dalam beg duit itu," tambahnya.
Markina menerima sijil penghargaan dari Mohd Sukri sebgai tanda perhargaan atas kejujurannya.-CARI |