KEPALA buaya ditemui di tebing Sungai Pampang, berhampiran Kampung Pampang, Batu 10, Sandakan sejak beberapa hari lalu, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan penduduk sekitar.
Tinjauan Harian Metro ke lokasi berkenaan 6 petang tadi mendapati kepala buaya itu sudah mula mereput dan dipenuhi lalat.
Turut ditemui cebisan isi dipercayai bahagian perut buaya itu yang ditinggalkan di tepi sungai berkenaan.
Sementara itu, remaja yang hanya mahu dikenali sebagai Alip, 15, berkata, tiada sesiapa yang mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dan bila kepala haiwan itu ditinggalkan di lokasi berkenaan.
Katanya, dia dan beberapa rakannya menemui bangkai haiwan itu Khamis lalu, ketika melalui jalan berkenaan.
“Kami terkejut melihat kepala buaya itu. Tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi kerana tempat ini sangat terpencil dan hanya pemancing saja yang akan melalui jalan ini.
“Kepala buaya itu sangat besar seperti tayar kereta kancil,” katanya ketika ditemui di Kampung Pampang, petang tadi.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah Augustine Tuuga ketika dihubungi berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 November 2017 @ 8:36 PM
Kami terkejut melihat kepala buaya itu. Tiada sesiapa yang tahu apa yang terjadi kerana tempat ini sangat terpencil dan hanya pemancing saja yang akan melalui jalan ini.
“Kepala buaya itu sangat besar seperti tayar kereta kancil,” katanya ketika ditemui di Kampung Pampang, petang tadi.
itulah ucapan para penduduk bila terserempak kepala itu
mereka terkejut dan mengucapkan.......... kepala bapak ah... besar betul kepala buaya tu