View: 7611|Reply: 27
|
"Daddy, Bau Busuk Nak Muntah,"-Anak Terminum Susu Kotak Menjijikkan!
[Copy link]
|
|
Pernah tak terkena bila tengah sedap minum susu dalam kotak tiba-tiba rasa pelik?
Itulah nasib malang yang menimpa seorang kanak-kanak yang terminum susu kotak yang dibeli oleh bapanya.
Berdasarkan perkongsian di laman sosial Facebook bapa kanak-kanak berkenaan, dia menyedari perkara tersebut apabila anak keduanya mengadu tentang rasa susu itu yang pelik setelah meminum hampir kesemua susu tersebut.
Bila diperiksa tarikh luput, belum sampai masanya lagi. Dia membuka kotak susu berkenaan untuk memeriksa kandungannya dan alangkah terkejutnya terdapat ketul-ketulan yang meragukan.
Anda boleh lihat dan nilaikan sendiri dengan melihat gambar di bawah.
Insiden tersebut mendapat banyak reaksi dari para netizen.
Ada yang menyalahkan syarikat susu tersebut, ada yang menyalahkan peniaga yang tidak menyimpan susu itu pada suhu yang sesuai dan banyak lagi.
Jika perkara ini terjada pada diri sendiri, apa tindakan anda? Serik ke tak serik?
Lepas ni berhati-hatilah ya, takut-takut kena keracunan makanan nanti susah pula. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Anak I pun sama. Brand yang sama. Beli dekat 7e. tapi dia tak cakap busuk or ape. Dia just tak nak minum lepas teguk sikit. lepas dah drop dekat school my husband nak habiskan la susu tu. sekali masam ya ampun... nasib baik tak cirit birit.. |
|
|
|
|
|
|
|
brand tu depa sensor konon, tp obviosuly brand dutch lady
|
|
|
|
|
|
|
|
tak payahlah gigih beli air kotak besar-besar camni
macam mana kedai simpan, kita tak tau
apa termasuk dalam kotak tu kita tak tau
i apa-apa bancuh je
milo ke, susu ke... jimat pun jimat
koser nak spend tiap bulan beli air kotak gini
anak i pun jenis tak suka minum-minum gini |
|
|
|
|
|
|
|
aduh.. aku pulak nk muntah dan mual - stok kt umah byk |
|
|
|
|
|
|
|
dutch lady ni dari dulu mmg bermasalah.. bila beli yg kotak besar tu kena habiskan cepat2..kalau x terus jd ketul2 walaupun belum smpi expired date.
kalau goodday dia inform jugak kena hbskan dalam masa 3 hari selepas dibuka..kalau lebih seminggu tu mmg rs lain la. |
|
|
|
|
|
|
|
dutch lady memang selalu susu dia masam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Pergilah report. Isu susu basi/berkulat/busuk ni bukannya benda baru. Buat report kat company berkenaan. Ni entah dah buat report ke tidak, asyik nak tular je. Unless kalau company tu menidakkan hak you sebagai seorang pengguna, atas tanggungjawab sosial..nak ketengahkan isu ni ke publik, takde hal.
Kang sat gi ada lettewww ckp kat ai "alaaa, tak kena kena kat diri sendiri bolehla cakap camtu". Puuuiiii, dari kecik lagi parent ai dah ajar kalau beli barang makanan...dapat yang tak elok, SILA TUKAR. Bawa resit bukti pembelian. Sampai ke dewasa ai praktis benda yang sama. Tak perlu kecoh nak viral kalau sebarang aduan tidak dibuat.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah 2 kali kena, tak ingat jenama apa.
yang pertama kat pasaraya. Lepas bayar terus minum, masam pahit semua ada. Komplen dan tukar susu baru masa tu juga.
Kedua kat kedai ubat cina, minum lepas dah keluar kedai, agak 2-3 jam juga lepas tu. Pergi balik ke kedai tu dan komplen, Sebab dia dah kenal dan ingat muka aku, dia percaya susu tu dari kedai dia. Tukar yang baru dari peti ais yang sama. Masa tu risau juga takut jadi lagi, jadi aku minum masa tu juga dan elok pula. |
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin peniaga menyimpankanya ditempat yang salah. Susu dalam kotak sebegini kalau tak disimpan ditempat dingin memang cepat rosak. Kalau dah dibuka kena habiskan cepat. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]munchkin: Hari tu beli kat gxxnt problem. Suhu peti dia tak betullah. Bila tukar pun sama jugak. Terus malas nak beli kat gxxnt. Tak taulah kalau mereka dah fix suhu peti sekarang
|
|
|
|
|
|
|
|
dutch lady memang takleh simpan sehari dua kan.. memang kena habiskan bila dah buka. tapi netizen hanat penipu lebih, entah beli entah tidak, konon pas beli terus rasa pelik bau busuk. takkan satu kotak besar, semua susu rosak. nak juga dutch lady saman hanat ne semua.. seb baik la dutch lady kosser nak layan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seriousla ada yg jumpa kondom dlm kotak susu |
|
|
|
|
|
|
|
Penah beli air yogurt farm tu. Talk check dh haus Sgt. Dh balik tgk dh kene bukak penutup n seal dh kene dogok sikit. Tengkorak tul |
|
|
|
|
|
|
|
Itu susu uht. X perlu simpan dlm fridge. Letak kat ambient temp sahaja. Kalau minum x habis, kenalah cepat2 simpan dalam fridge.
Susu HTST pula mmg kena simpan dalam fridge. Kadang2 salam consumer juga, dah beli x cepat2 simpan dalam fridge. Kadang2 faham jugak, jarak pasaraya dgn rumah bukan dekat. Dengan suhu dalam kereta yg tinggi. Kadang2 dah beli, boleh pegi jalan2 ke tempat lain plak. Ini semua risiko untuk susu HTST.
Sbb tu bila dapat complaint dari consumer, akan tgk dulu berapa percent complaint. Kalau ramai, mmg ade yg x kena dgn production. Tapi kalau sekotak dua, itu di kira ralat dari consumer. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau beli susu macamni, i memang tak beli dalam kotak besar. Sebab nak kena habiskan dalam masa 2, 3 hari. Kalau tak habis, rosak. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti jenama ni kan
jenama lain xde pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat susu je.. even minuman jus buah mcm oren tu pun kekadg terkena gak... aku pernah kena beli jus oren brand p**** f**** tu, bila minum rasa semcm je.. bukan masam yg normal tu.. mmg termuntah aku... ingatkn sbb aku ni demam yg effect rasa air tu... tp adik aku pun kata air tu lain macam.. tgk expiry date lambat lagi.. tp disebabkan kedai bukannya dekat dgn umah dan aku pun x larat nak keluar rumah dah, maka terselamatlah tokey kedai tu dr refund jus tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pebret tuh.. mau pasni sebelum minum kne buka dlu |
|
|
|
|
|
|
|
Report direct pada company confirm dapat refund dan hadiah lagi. Lepas tu diorang boleh tau siapa penjual dan boleh buat siasatan lanjut. Kalau viral gini dapat femes 5 menet jah |
|
|
|
|
|
|
| |
|