CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9158|Reply: 100

[Dunia] Silikon Tertonjol, Hajat Berhidung Mancung Tak Kesampaian

[Copy link]
Post time 2-1-2018 09:27 AM | Show all posts |Read mode
Silikon Tertonjol, Hajat Berhidung Mancung Tak Kesampaian

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/02/implan-hidung-tertonjol/
Diterbitkan: Selasa, 2 Januari 2018 9:01 AM



SEORANG wanita Thailand yang namanya tidak didedahkan telah berkongsi gambar pembedahan hidungnya yang tak menjadi untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menjalani prosedur berisiko tanpa memeriksa latar belakang klinik terlebih dahulu.

Dia menjalani pembedahan di sebuah klinik di bandar Hat Yai, selatan Thailand, yang menawarkan pembedahan hidung (rhinoplasty) pada harga murah.


Prosedur itu melibatkan teknik implan silikon pada hidungnya untuk membuatkannya kelihatan lebih mancung , sama seperti yang dilakukan dalam pembedahan pembesaran payudara.

Wanita itu bagaimanapun mengalami jangkitan yang menyebabkan keradangan di bahagian yang dibedah.

Wajahnya tidak dapat menerima prosedur itu dan apa yang mengejutkan, implan itu telah tertonjol di bahagian atas hidungnya, betul-betul antara mata kiri dan mata kanannya.


-fotoTheSunUK

Dia kemudian pergi semula ke klinik itu untuk mendapatkan bantuan, tetapi mereka menolaknya, dengan memberitahu media tempatan bahawa mereka 'tidak bertanggungjawab' untuk prosedur yang gagal dan 'enggan untuk membantunya’.

Wanita itu sungguh bernasib baik apabila mendapat simpati di Bangkok, di mana sebuah klinik pembedahan plastik bersedia merawatnya dan mengeluarkan implan silikon secara percuma.


-fotoTheSunUK

Gambar-gambar menunjukkan terdapat kesan lubang besar di atas hidungnya tempat di mana implan itu dimasukkan.
Masih tidak jelas bagaimana pakar bedah akan memperbaiki keadaan wajahnya yang sudah rosak itu.


Pembedahan kosmetik adalah popular di Asia. Rhinoplasty khususnya amat popular kerana populasi Asia mempunyai hidung yang kurang mancung, jadi implan silikon dapat membuatkan mereka mendapat bentuk atau saiz hidung yang diinginkan.

Walau bagaimanapun, pengalaman wanita Thai ini adalah amaran yang amat mengerikan kepada wanita yang melakukan pembedahan pada harga murah.

Bukan sahaja dia tidak mendapat rupa yang dikehendaki, dia kini mempunyai lubang dan parut yang pada wajahnya yang sebelum ini sempurna.

Klinik pembedahan kosmetik di seluruh Thailand berkongsi gambar pengalamannya sebagai amaran kepada orang lain yang mahukan harga murah untuk tujuan ini dan ia telah tular di seluruh dunia.

Masih tidak jelas sama ada wanita itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik terbabit.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Ei..takutnya..tgok pn ngeri..dh ada hidung elok2, nk p repair lg..moral of the story, terimalah diri kita seadanya..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:41 AM | Show all posts
silikon dia macam glu batang yang kena letak kat gun tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Oucchhhh gilosss
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:45 AM | Show all posts
btw korang perasan x ada iklan buat palstik surgery kt forum cari ni
bhgn iklan sblh kanan
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:50 AM | Show all posts
i tengok pn rasa sakit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-1-2018 09:55 AM | Show all posts
awww..sakit kottt..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:56 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-1-2018 01:45 AM
btw korang perasan x ada iklan buat palstik surgery kt forum cari ni
bhgn iklan sblh kanan

selalunya iklan kat tepi tu keluar ikut apa yang kita selalu surf. Macam aku hari tu surf agoda dengan maxis. Tak lama keluar la iklan agoda dengan maxis kat tepi tu. Sebelum tu iklan lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:56 AM | Show all posts
supernaturalee replied at 2-1-2018 01:45 AM
btw korang perasan x ada iklan buat palstik surgery kt forum cari ni
bhgn iklan sblh kanan

selalunya iklan kat tepi tu keluar ikut apa yang kita selalu surf. Macam aku hari tu surf agoda dengan maxis. Tak lama keluar la iklan agoda dengan maxis kat tepi tu. Sebelum tu iklan lain
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau jadi Arab Slave memang camni la.

Pipi tembam bulat kau tu pon tak sesuai kot dengan hidong mancung.

Kulit muka kau tu pon penuh nanah jerawat nasi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Oh dear! Sungguh mengerunkan sangat2
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:09 AM | Show all posts
aduh..nak cantik...sanggup bah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:21 AM | Show all posts
adoiiii....ngerinye

biarlah hidung kembang pun drpd jadi mcm tuh

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:40 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 2-1-2018 09:56 AM
selalunya iklan kat tepi tu keluar ikut apa yang kita selalu surf. Macam aku hari tu surf agoda de ...

betul.....

aku iklan kat tepi tu..selalunya baju kanak2 n booking.com..

btw...skeri gile tgk silikon yg terkeluar tu...
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:41 AM | Show all posts
Alamak kasihan lah pulak, semoga lepas ni rupa akak ni ok lah sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 10:50 AM | Show all posts
EncikRhoma replied at 2-1-2018 09:56 AM
selalunya iklan kat tepi tu keluar ikut apa yang kita selalu surf. Macam aku hari tu surf agoda de ...

tp iklan plastic surgery mn pnh masuk pun
gugel pun xpnh


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 10:53 AM | Show all posts
Edited by aurorae at 2-1-2018 11:05 AM
EncikRhoma replied at 2-1-2018 09:56 AM
selalunya iklan kat tepi tu keluar ikut apa yang kita selalu surf. Macam aku hari tu surf agoda de ...

patutlah aku selalu dapat iklan kolej dan universiti kat OZ,   aku terfikir jugak apasal kolej2 luar negara  ni iklankan diri kat forum malaysia.   Rupanya iklan tu cater untuk aku sorang la.

2 -3 hari ni iklan bersara di negara2 Asean pula, sebelum ni Vietnam, hari ni Thailand.  Semuanya gara2 aku search course in aged care.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Takuut tengok berlubang camtu.
Klinik mana dia pegi ni? Mesti bayaran murah. Tengok nyah2 repair muka elok jer. Siap ada rancangan makeover muka buruk jadi lawa,klinik2 kat thailand lah jugak tu.

Btw,batang kat hidung tu panggil silikon ke? Yang utk breast tu bulat,lembut. Hihi
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:22 AM | Show all posts
wehhh..giler scary weh. tertonjol keluar. tak memasal ade parut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 11:27 AM | Show all posts
omg ngerinya!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.180977 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list