View: 4731|Reply: 20
|
Enam Roller Coaster Paling Mencabar Di Asia! Boleh Gugur Jantung, Tapi Serius Sy
[Copy link]
|
|
Bila sebut permainan yang mencabar ketika melawat taman tema pasti ramai akan memikirkan ia adalah Roller Coaster yang mampu menguji tahap keberanian seseorang.
Dengan pelbagai rekaan trek serta kelajuan setiap roller coaster di taman tema mempunyai perbezaan dan keunikan yang boleh memberikan pengalaman tidak dilupakan oleh sesiapa yang menaikinya.
Kalau anda suka permainan seperti ini untuk mencabar adrenalin maka boleh la mencubanya. Tak pernah cuba? Memang digalakkan sangat untuk mencuba.
Nah, jom tengok Roller Coaster yang dikatakan paling syok dan paling mencabar di Asia seperti yang dipetik dari laman sesawang Kaki Sini.
1. T Express - Everland, Korea Selatan
Foto: David Morton
Digelar Roller Coaster Kayu Nombor 1 di Dunia, T Express pasti membawakan anda keterujaan yang luar biasa.
Pemilik taman tema Everland ini membawa kelainan dengan menggabungkan dua ciptaan roller coaster iaitu Balder dan El Toro dalam T Express.
Setinggi 200 kaki dengan trek sepanjang 5,000 kaki T Ekpress akan membawa anda menjunam dengan sudut 77 darjah dan jeritan ketakutan, kepuasan semuanya becampur ketika itu.
2. Dauling Dragon - Happy Valley Wuhan, China
Foto - Gravity Group
Nak cuba tepuk tangan dengan penunggang sebelah trek tak ketika naik roller coaster?
Itu pun kalau kalau sempat untuk berbuat demikian kerana Dauling Dragon ini mempunyai dua trek bersudut 90 darjah.
Dauling Dragon berkelajuan 104km sejam dan mungkin boleh cuba berlaga bunyi jeritan sahaja kalau dah laju macam tu.
3. Formula Rossa - Ferrari World, Abu Dhabi
Foto - Driving
Mengambil idea daripada kereta Formula One, roller coaster ini merupakan salah sebuah permainan yang terletak di dalam Ferrari World, Abu Dhabi.
Jika anda mempunyai impian untuk merasai sendiri kelajuan kereta Formula One inilah peluangnya kerana hanya dalam 4 saat roller coaster ini sudah mencapai tahap kelajuan 239km.
4. Thunder Dolphin Roller Coaster, Tokyo, Jepun
Merupakan roller coaster kelapan tertinggi di dunia, Thunder Dolphin mempunyai ketinggian 260 kaki dan panjang trek 3,500 kaki.
Mengujakan bukan? Tidak cukup dari itu, roller coaster ini juga unik kerana bergerak melepasi sebuah banggunan dan bulatan Ferris Wheel.
Anda agak-agak berapa kelajuannya? Ha kelajuannya adalah 130 km sejam jadi apa lagi silakan cuba sambil terus menjerit.
5. Vanish Roller Coaster, Yokohama, Jepun
Jika Thunder Dolphin membawa anda melepasi lubang bangunan, Vanish Roller Coaster pula membawa anda melalui lubang di kolam.
Menarik bukan? Tetapi tunggu itu belum cukup lagi kerana anda bukan sahaja lalu di bawah kolam air tetapi akan dibawa menyelam ke dalam kolam air.
Terowong gelap tersebut dihiasi dengan lampu berwarna-warni hingga ramai penumpang berasa begitu teruja.
Tetapi awas jika anda cepat pening sila sediakan plastik muntah kerana roller coaster ini melakukan dua kali pusingan bulatan.
6. Lego Virtual Reality Roller Coaster, Legoland Malaysia
Foto - Wanista
Tak sangka Malaysia pun ada roller coaster yang unik bukan. Pertama di dunia dan Malaysia, roller coast ini didatangkan dengan teknologi Virtual Reality.
Anda akan naik roller coaster sambil dipakaikan alat pandang virtual dan yang lebih menarik anda akan dapat rasakan tolakan G-Force semula jadi dengan pertunjukan virtual seolah-olah anda berlumba dengan karakter Lego.
Fuh, tengok gambar pun dah teruja sangat. Bila naik mesti syok habis! Jom? -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Aduii.. naik yg kat sunway tu pun dah berderau jantung, yg ni mmg x berani laaa {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
lamanya x naik roller coaster |
|
|
|
|
|
|
|
Fuhhh naik yg kat genting zmn dolu2 pon da senak....ni lagi giler..tobat la nak... Hihi |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best! wahhhhhhhhhhhhhhh kena cuba ni |
|
|
|
|
|
|
|
Never will i try any of this machine {:give |
|
|
|
|
|
|
|
too old for this..huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
terbayang final destination |
|
|
|
|
|
|
|
mmg x lah..naik kat genting pun dah serik
|
|
|
|
|
|
|
|
Muda2 dl nak la naik ni.. Skrg xmungkinnnnnn |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba plak heart attack karang.. {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
naik seronok tapi yg tak tahan tu nak muntah tu
|
|
|
|
|
|
|
|
kat Taiwan lagi adventure rollercoaster
ce tengok Taiwan Screaming condor |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu naik yang di legoland masa pegnan anak 3 bulan.. Tawakkal je lah semoga semua selamat Tak tu pe pasal masa ngandung anak sulung tu nak buat benda2 lasak jer |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam banyak2 roller coster yg dah naik, paling aku suka mummy roller coaster kat uss. X sangka dia boleh reverse dgn side effect api api. Best....
Kat disneyland hong kong pun best. Sbb mcm masuk dalam dunia galaxy. Cantik jer.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ira_229 at 31-1-2018 01:26 PM
tu dia yg mummy & batlestar galactica tu mmg thrill...legoland punya dah naik takdelah seram mana..? genting punya pun takde apa2 bagi i..
disneysea tokyo pun masuk dalam air siap ada api2 lagi pun thrill..yg dekat kawagicho japan tu lagilah tinggi...kenapa tak senarai?
|
|
|
|
|
|
|
|
penah naik yang T express kat korea tu mmg mcm rasa nak mati kat atas tu. bila dia terjun 90 darjah tu ngucap siap. |
|
|
|
|
|
|
| |
|