View: 10021|Reply: 114
|
Jangan Buat Pandai Guna Google Translate - Zambry
[Copy link]
|
|
Gara-gara mahu notis pemberitahuan kelihatan 'berkelas', perkhidmatan Google Translate digunakan dalam penulisan notis Bahasa Inggeris di Pusat Penerangan Pelancongan Perak hingga tular di laman sosial baru-baru ini.
Foto: Malay Mail
Susulan itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir menjawab punca kecuaian tersebut dalam satu sidang media pada Rabu, lapor Astro AWANI.
Berdasarkan laporan awal dari Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), kesalahan itu dilakukan salah seorang kakitangan di pusat terbabit.
“Saya hubungi Datuk Bandar mengenai isu ini dan penjelasan awal mendapati kakitangan terbabit guna 'Google Translate' supaya mahu ia nampak 'international'.
“Jadikan ini pengajaran, mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu.
“Jangan memandai dan buat pandai kerana masalah bahasa ini elok ditanya dulu, kalau tak pasti rujuk dahulu kerana ianya akan menjadi tatapan ramai serta melibatkan imej kita,” katanya.
Tambahnya, segala urusan rasmi kerajaan negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) seharusnya dilakukan dalam Bahasa Malaysia.
“Dah berulang kali saya sebutkan ini, segala memo atau sebagainya perlu dilakukan dalam bahasa Malaysia sekiranya mahu dalam Bahasa Inggeris, ia akan ditulis bersama-sama Bahasa Malaysia.
“Perkara ini memang nampak kecil tapi ianya merupakan imej kita, tunjuk bagaimana kita tidak serius dalam membuat kenyataan sekaligus mengundang tomahan-tomahan oleh pihak yang mahu mengambil kesempatan,” tegasnya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh sangat ke english ummah ibu pertiwi ini?
belajar english sejak tadika lagi kot???
pprt nya kau dek
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai cengitu sekali tarap english...tak pandai ok lagi blh ajar, tp kalau dah memandai ni susah lah |
|
|
|
|
|
|
|
tulis yang simple je tak boleh ke?
kena ke tulis panjang-panjang hujung-hujung tak reti nak translate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my english
|
|
|
|
|
|
|
|
Kita ni dah kena ada basic english dah semua. kesian juga dekat anak2 bangsa kita siap ada degree sampai master, tapi apakan daya atas kertas je. interview dalam english semua terketar2. |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya kau tulis dear customer, please go fuck yourself jah dekkkk.... simple padat sebegitu, sister oiii. |
|
|
|
|
|
|
|
pengajaran dan tauladan..
teruk kena baham ngn member2 lps ni.. nt pencen org buat tayangan video gamaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmm....pegawai penyelia tak de wat seliaan ke pasai nie...ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
Alah korg..klu disuruh buat ayat pnjg2 pun xreti gak kan..moral of the story rujukla pada yg pakar.. jgn nak memandai2 |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dah dicop tu confirm ketua opis tu pun ada tengok jugak. Takkan dia pun tak reti English kot? Ni bukan English sekolah lagi ni, ni mcm English tahap tadika jer. |
|
|
|
|
|
|
|
masalhnya, manusia dah terlampau percaya google. apa saja yg digoogle, dorang anggap 100% betul.
|
|
|
|
|
|
|
|
amik kau...MB terus call Datuk Bandar |
|
|
|
|
|
|
|
malu oii..dah la pusat penerangan pelancongan..
ayat english mcm kat paso beso super kinta jer |
|
|
|
|
|
|
|
mana-mana kakitangan sebelum mengeluarkan kenyataan atau apa-apa saja tulisan untuk tatapan awam perlu dimaklumkan kepada ketua masing-masing dulu
nak check dgn ketua? entah2 ketua pon fail english! |
|
|
|
|
|
|
|
Ni budak2 bbnu maintenance punya bahasa ni, sama tempat kerja aku, pening kepala kadang2 balas email. "for" "to" guna sesuka hati dalam ayat.
Claim ppsmi, tapi ayat mcm translate dalam bahasa tamil. Sampai xboleh nak translate dah.
|
|
|
|
|
|
|
|
ada cop tu yg agak buat muskhil.
sessi mencari black sheep kah ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Lawak jugak orang gomen ni.
Pernah jumpa bahasa melayu pon tunggang terbalik.. tak tau la macam mana bleh kerja kerani.. taip taip
Asal boleh |
|
|
|
|
|
|
|
Bila baca balik notis tu, tetap tak boleh teka sepenuhnya yg versi BMnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|