Nak cantik jelita? Ada Internet, apa sahaja kaedah dan petua kecantikan boleh didapati dan dipraktikkan! Ada yang menjadi, ada yang tidak. Kadangkala, ada juga yang tak masuk dek akal!
Seperti yang berlaku baru-baru ini, seorang wanita menggemparkan pengguna media sosial apabila menggunakan darah haid sebagai sumber kecantikan luaran dan dalaman.
Warga Australia yang menggelar dirinya 'Blood Witch' itu bukan sahaja mengamalkan kaedah kecantikan berkenaan, malah menggalakkan orang lain untuk mengikut jejak langkahnya dengan mencalit darah haid pada wajah.
Memetik Mirror, Yazmina Jade, 26, menggelarnya sebagai 'upacara suci' yang bertujuan mengubah stigma menyelubungi isu kitaran haid.
Menurutnya, dengan mengamalkan trend kecantikan itu, wanita kini boleh membincangkan isu menstruasi secara terbuka di khalayak ramai. Yazmina mendakwa, dengan mengamalkan upacara itu, dia dapat merasakan 'ikatan darah' dengan wanita lain.
Yazmina berkata, wanita sepatutnya menghargai apa yang mereka ada dan tidak berasa malu dan jijik dengan darah haid.
"Saya calit (darah haid) pada seluruh wajah dan merasanya bagi 'mengambil semula' sebahagian daripada diri saya yang telah 'dikeluarkan'," katanya.
Siapa sahaja tak jijik apabila menyapu 'najis' pada wajah sendiri. Begitu juga dengan netizen yang mempertikaikan kaedah digunakan Yazmina. Tindakannya itu dikecam netizen hingga dia dituduh sakit mental.
Jangan ingat tak ada yang terpengaruh dengan 'ajaran gila' Yazmina kerana ada saja yang terjebak.
Karen Prosen
Melissa Lague-epple
Victoria Smith
Emmajane Love
Foto: Caters News Agency/Mirror
Eww, mereka ini memang sudah gila! Tak geli ke sapu darah haid pada muka sendiri? Tak berbau ke? Janganlah pula anda terjebak, okey. - CARI |