Islam sering dikaitkan dengan semua tuduhan negatif serta dilabel pengganas, pelampau dan sebagainya. Apa jua yang ada bayangan Islam acap kali disenaraihitamkan.
BACA JUGA: Lelaki Ini Boikot Kellogg's Hanya Kerana Logo Halal!
Seorang cef British popular beragama Islam, Nadiya Hussain yang aktif di akaun Twitter tidak mudah melatah walaupun sering diserang golongan yang membenci dan takut akan agama Islam.
Foto: Youtube
Terbaru, jawapan balas Nadiya terhadap kecaman seorang individu mendapat perhatian netizen yang memuji tindakannya kerana tidak mengikut perasaan dan sempoi sahaja.
Semuanya bermula apabila Nadiya memuat naik sebuah posting dengan hashtag VisitMyMosque, awal minggu ini yang bertujuan menjemput orang ramai untuk melawat masjid di seluruh United Kingdom.
Malangnya, seorang individu dengan selambanya 'menyampuk' di posting berkenaan dengan komen negatif.
"Saya tak ingin melangkah masuk walaupun dibayar. Dan tak mungkin saya akan benarkan anak-anak saya menjejakkan kaki ke situ (masjid)," tulisnya.
Tapi, Nadiya tak mudah melenting. Baik sahaja komen balasnya untuk individu terbabit.
"Oh, ruginya. Kami tak pernah halang anak-anak (Muslim) kami daripada menghadiri pertemuan di gereja.
"Ia mengajar mereka menghargai semua agama di dunia ini dan awak mesti tahu mereka tak akan 'bertukar' menjadi Muslim kalau melawat masjid kan?" balas Nadiya.
Cool saja cara dia menghadapi tanggapan negatif orang, kan? Ramai juga yang menyokong kenyataan wanita itu selain mendakwa masjid merupakan sebuah tempat yang sangat indah.
Foto: Twitter
Macam fikiran acik kepam saja mereka ni. Dia ingat, semudah itu nak tukar agama? Hari ini masuk masjid, terus jadi Islam? Macam itulah jadinya bila fikiran sempit sangat. Tapi kalau fikiran terbuka sangat pun, bahaya juga, kan? - CARI
|