Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia (BM) tertakluk dalam Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Perlembagaan Malaysia 1963 sebagai Bahasa Kebangsaan.
Namun, penggunaannya kian dipandang sepi termasuk 'Anak Malaysia' sendiri walaupun pelbagai usaha dilakukan bagi memperkasakan Bahasa Melayu.
Perkara ini turut mendapat perhatian lelaki dari United Kingdom yang telah hampir lima tahun menetap di sini, Rhys William.
"Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Tapi, kenapa ramai warganegara Malaysia tak reti cakap BM, ataupun malu nak cakap BM?" soalnya menerusi laman Twitter.
Posting Rhys itu telah mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna lain yang turut tertarik membincangkan isu berkenaan.
Alasan
Seorang pengguna berkata, terdapat banyak batasan menghalang orang ramai daripada menggunakan BM.
"Tolong senaraikan semua batasan tu. Ramai nak tahu kot," balas Rhys.
Selagi ada sekolah jenis kebangsaan, BM takkan dapat diperkasakan.
IC Malaysia, tapi tak reti cakap BM
Baru perasan, jati diri rakyat Malaysia semakin tipis
Foto: Twitter
Di manakah salah dan silapnya apabila rakyat sendiri malu bertutur dalam bahasa ibunda? - CARI
en rhys tak tahu ke yg BM tak popular pun kat opis2 dan surat rasmi pun perlu ditulis dlm BI...
BM dah hampir pupus kat bumi msia ni selain kat froum cari je
Post time 16-3-2018 02:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
krustykrab: en rhys tak tahu ke yg BM tak popular pun kat opis2 dan surat rasmi pun perlu ditulis dlm BI...BM dah hampir pupus kat bumi msia ni selain kat froum c ...
Dalam ni bukan bahasa malaysia...dalam ni bahasa porem....hehehe
mengajar pengajian msia dkt ipts pon kene bahasa inggeris.. bgs jugak mat salleh totok ni persoal.. deme boleh je fasih bahasa melayu ..x lupe pun bahasa ibunda...
tang ni, bkn pelajar sekolah kebangsaan jer, anak melayu kita termasuk artis2 kekonon urban tapi jilat jari makan budu makan sambal belacan pon sama...meluat tul klu dak melayu ckp melayu tp ada slang omputih...puiii sgt. look at our own backyard before looking at others. Akak stuju dgn @hyie
Post time 17-3-2018 11:05 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Edited by Catpaw at 17-3-2018 11:13 PM
Kalau hurup T Tu mesti nak bunyi omputih slang2 gitu. Ade retis mana tah sebutan ya ampun ala2 American Ku dengar lagu melayu tu . memang iols tak dengar la babaaaiiiiii. retis bbnu kot. Who r yuss je lah
kalau tgk kat youtube, majoriti org melayu kita nak ckp english jek....
kalau tak fasih siap cakap sorry segala...
apa susah2... cakap melayu jela, kan....
tapi kalau tgk youtuber indonesia, cina kat sana pun nak cakap bahasa indonesia....
yg ni budak korean dah lama dok indonesia pun tak malu nak cakap bahasa indonesia....
Post time 18-3-2018 07:33 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ai pk sebab kehendak globalisasi maka kat opis2 mmg fully dah berenglish.... bm dah makin terketepi.... time interview pun kna english blaka la ni... jd ibu bapa urban pun menyiapkan anak2 dgn english sejak paling awal. Malah ada yg siap dgn mandarin sekali...
Jd akhirnya create trend bhw org yg at least boleh ber english adalah gol org yg professional maju dan kehadapan...
Post time 18-3-2018 08:46 PMFrom the mobile phone|Show all posts
I ok je kalu opis2 guna @ kene interact dlm English...yg I heran dan menyampah tu, skrg ni ramai melayu yg acah2 x reti ckp melayu..pdhal dari lahir dok interact dgn family dlm bhs melayu, pastu masuk sekolah kebangsaan dari darjah 1 sampai darjah 6..pastu sambung sekolah menengah kebangsaan dari tingkatan 1 smpi tingkatan 5..masuk uni, dok campur pun sesama melayu...hujung2 skrg,claim tak terrer cakap @ tulis bhs melayu...kebabian apakah ini?...kot zaman sekolah dulu makpak antar sekolah international,tidaklah nak heran sgt klu kata x mahir bhs melayu...
Sebab kurang keyakinan diri padahal ini tanah air sendiri. Tu yang berselindung di sebalik bahasa Inggeris yang kononnya agar terlihat lebih berpelajaran... inilah satu stigma yang sukar dikikis sehingga sekarang. Orang Indonesia berkeyakinan tinggi malah bangga dengan pertuturan bahasa Indonesia. Mereka pon ada bahasa rojak juga malahan lagi hebat, gokil dan keren serta turut diraikan. Oleh sebab itu, bangsa selain Indonesia (Cina, Korea, Jepang, Bule (Orang berkulit putih) dll) di sana pon turut nak menyertai "kemeriahan" dan meraikan berbahasa Indonesia. <--- Ok tak bahasa Melayu saya? Mod Cari pon bagilah kredit untuk forumer yang menggunakan bahasa Melayu dengan baik untuk menggalakkan lagi.