Dulu bila ditanya, Puteri Aishah kata hubungannya bersama Pengerusi Eksekutif Naza World Group of Companise, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin hanya sekadar kawan biasa.
Gosip tersebut lenyap dan berlalu begitu sahaja. Namun baru-baru sahaja, pasangan ini kembali menjadi bualan peminat kerana dikatakan semakin mesra dan selalu menghabiskan masa bersama.
Semuanya bermula bila Faisal sendiri ada memuat naik gambar dan video aktres cantik tersebut di laman Instagramnya.
Sama juga dengan Puteri Aishah atau dulu pernah viral dengan gelaran Cikgu Aishah, dia juga ada memuat naik gambar Faisal di Instagramnya.
Walau bagaimanapun, Aishah menjelaskan kepada Media Hiburan, "Jujur kami tiada hubungan istimewa tetapi saya selesa kenal dengannya."
Mereka jarang bertemu kerana masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.
Foto: IG Puteri Aishah
" Tak ada apa-apalah. Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu..Sudah jarang jumpa sebab saya sibuk dengan penggambaran drama, Faizal pula selalu bekerja di luar kawasan.
"Kalau ada masa terluang baru kami akan bertemu dan berbual soal kerja masing-masing."
Foto: IG SM Faisal
Katanya lagi gambar dan video tersebut dimuat naik atas dasar kawan sahaja.
Sebelum ini Faisal pernah berkahwin pada 2002 dan bercerai pada 2016 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki. -CARI
|