CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26302|Reply: 182

Bekas Suami Tak Beri Nafkah, Sasha Saidin Enggan Jadikan Isu

[Copy link]
Post time 28-3-2018 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Sudah enam tahun Sasha Saidin berpisah dengan bekas suami dan menyara sendiri anak lelakinya, Adam Aryasenna Notosoemarsono yang kini berusia sembilan tahun.

Foto: IG Sasha Saidin


Apabila ditemubual oleh Sinar Harian, dia sendiri tidak mahu jadikan tuntutan nafkah itu sebagai isu dan dia yakin bekas suami sepatutnya tahu tanggungjawabnya sebagai bapa.


"Kami berpisah secara baik, malah hubungan Arya dan bapanya juga tidak ada masalah di mana mereka sering berhubung menerusi skype meskipun jarang berjumpa kerana suami menetap di Jakarta.


"Namun saya tidak pernah mempersoalkan apatah lagi menuntut atau memaksa dia untuk berbuat demikian kerana bagi saya dia sepatutnya lebih tahu.


"Apa pun saya tak anggap ia sebagai suatu isu kerana beranggapan mungkin keadaan kewangan dia juga tidak begitu mengizinkan, lagipun saya dan Arya dalam keadaan yang baik-baik sahaja," katanya.


Foto: IG Sasha Saidin


Sasha yang merupakan bekas anggota kumpulan Elite pernah melangsungkan perkahwinan bersama pemuzik Indonesia, Salyo Priyanto dan telah bercerai pada 10 Julai 2012.


Baginya dia tetap merasa bersyukur dengan kehidupannya sekarang yang lebih bahagia dan sentiasa bersederhana.


Foto: IG Sasha Saidin


"Kehidupan kami berjalan dengan baik dan alhamdulillah rezeki sentiasa ada untuk memenuhi keperluan harian serta pendidikannya.


"Kami melalui hidup yang sederhana dan saya tidak pernah menjadikan status saya sebagai ibu tunggal sebagai sesuatu yang menghalang untuk kami hidup bahagia sebagaimana orang lain,” katanya.

Foto: IG Sasha Saidin


Sasha juga berkongsi dia mempunyai teman rapat namun tidak ada apa-apa niat lagi untuk membawa hubungan ke arah yang lebih serius.


Lama juga tidak dengar khabar Sasha Saidin. Harap bekas suami berusaha mencari nafkah dan jadilah bapa yang bertanggungjawab terhadap kebajikan anaknya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 05:16 PM | Show all posts
sheols nak keluar single khuens...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:18 PM | Show all posts
comel plak anak dia heheh
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Comelnye anak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia bercerai pun sebab masalah kewangan kan. Kalau bapak tak reti tanggungjawab nak buat camana.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 05:48 PM | Show all posts
suka tgk dia layan ecah cam kanak2
bkn cam cheta asyik bt ecah cam pokok kimas bergerak cian
bdk comel tu

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-3-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tat's good Shasha. Ramai jugak janda2 yg dlm situasi dia tapi tetap teruskn hidup. Hopefully the ex-husband ada a real good reason for not paying the maintenance, and hopefully will start to pay soon.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 07:23 PM | Show all posts
kalau akak jadi dia akak gi registration  dept akak tukar nama tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 07:27 PM | Show all posts
sasha ni dlm elite dulu jejantan dok tumpu ke dia je. mentang2 dia omputeh dlm tu

lain sikit linda rafar.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 28-3-2018 07:23 PM
kalau akak jadi dia akak gi registration  dept akak tukar nama tu

kannn notomorsono tu buang
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowww. Baiknya sasha. Moga bekas duami diderikan rezeki nanti boleh bagi balik nafkah
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:18 PM | Show all posts
Notosoemarsono ? mak hayam jawa ke suami dia nyah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:18 PM | Show all posts
tak nak jadikan isu tapi jadi thread juga nyah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols pernah terserempak ex laki dia kat epot jakarta. Helooookkkk walaupun bam bam sikit. Tp sengkek pulak, kalau tak akak ngorat je dik
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 28-3-2018 05:48 PM
suka tgk dia layan ecah cam kanak2
bkn cam cheta asyik bt ecah cam pokok kimas bergerak cian
bdk  ...

tau xpeeeee..ecah tu masih budak lagi, so pliss nekta treat your daughter as kid hokay..kang da remaja muka tua cm 20-30an bru tau..
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sheols pilih utk hdup aman.. bgus la.. asalkn ank happy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2018 09:08 PM | Show all posts
BookerT replied at 28-3-2018 08:18 PM
Notosoemarsono ? mak hayam jawa ke suami dia nyah?

aah nyah, ex-shuben sheols orang indonesia, kawan lama sheols gak. Nama indonesia tu nama keturunan family dia belah laki, bukan saja2 letak yach. sheols ada sexplain kat ig ala2 karangan spm, mohon chuols selak sendiri yach
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenis yg malas dh kot ambik pusing. Dia dh happy. Sok2 dia tanggung la
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Sasha ngan zain ni gen omputih kuat betul... both mcm mat salleh, walau omputih maknya
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ada member yg dah cerai, ex laki tak bagi nafkah langsung.. dia x kisah, asalkan jgn ganggu dia ngan anak2.. gi berambus dari hidup dia katanya

Baguslah sasha.. xyah pening2.. asal bahagia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:47 AM GMT+8 , Processed in 0.052379 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list