CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14567|Reply: 275

Berlima Gadai Nyawa Naik Motosikal Ambil Bantuan, Ibu Dedah Dugaan Lain Yang Net

[Copy link]
Post time 1-4-2018 11:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 1-4-2018 05:04 AM

Berlima Gadai Nyawa Naik Motosikal Ambil Bantuan, Ibu Dedah Dugaan Lain Yang Netizen Tak Tahu

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/04/01/makcik-naik-motor/

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2018 7:44 AM

Oleh:IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]



PETALING JAYA: Video tular yang menunjukkan seorang ibu menunggang motosikal sambil membawa empat anak kecil benar-benar menyayat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.

Seorang anaknya duduk di bakul hadapan motosikal dalam keadaan terlentok, manakala di belakang wanita itu, tiga beradik lagi saling berpaut antara satu sama lain dengan anak yang paling belakang dilihat hampir terjatuh.

Sepanjang perjalanan mereka dari Selayang ke Damansara, tidak ada satu kereta pun yang sudi menghulurkan bantuan walaupun ia jelas membahayakan nyawa lima beranak itu, sehinggalah dua gadis yang juga menunggang motosikal terpanggil untuk membantu wanita berkenaan.

Menerusi beberapa video yang dikongsi pengguna Facebook, Nrftma Yussman pada Sabtu, dia dan seorang rakannya menceritakan bagaimana mereka berdua berasa lega mampu meringankan sedikit bebanan penunggang wanita itu dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.

“Biasa tengok dalam TV je orang macam ni. Tapi semalam betul jadi depan mata dan saya dengan rakan yang tolong. Sombongnya manusia yang ada kereta. Pengorbanan seorang mak,” katanya dalam posting yang setakat ini telah dikongsi lebih 6,000 kali.



Paparan skrin video menunjukkan seorang ibu menunggang motor sambil membawa empat anak kecil.

Ibu di dalam video itu ketika dihubungi mStar Online memberitahu, pada hari kejadian iaitu hari Jumaat, dia bersama empat anaknya menaiki motosikal untuk pergi ke sebuah masjid di Damansara bagi mendapatkan bantuan kerana keluarganya hidup susah.

Suriani Azira Shahril, 32, mendedahkan dia merupakan ibu kepada lapan anak tetapi dua daripadanya telah meninggal dunia dan kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu di Kuala Lumpur.

“Kami hidup serba kekurangan. Kadang-kadang makan cukup, kadang-kadang tidak. Biasanya saya akan pergi ke Chow Kit untuk mendapatkan sumbangan makanan yang diberikan NGO (badan bukan kerajaan) kepada golongan gelandangan.

“Selepas tengah hari Jumaat, saya ke Masjid Saidina Umar Al-Khattab di Bukit Damansara untuk mendapatkan bantuan buat kami sekeluarga,” katanya.

Menceritakan tentang perjalanan mereka pada hari kejadian, suri rumah itu berkata dia dan empat anaknya sebenarnya telah menempuh dugaan lain apabila tersadai dekat Plaza Tol Sungai Penchala kerana motosikal yang dinaiki kehabisan minyak.

Namun katanya, selepas lebih setengah jam berjemur di bawah cuaca terik di tepi lebuh raya, seorang pengguna jalan raya sudi berhenti menawarkan bantuan dengan menumpangkan mereka ke masjid yang hendak dituju.

“Seorang lelaki menumpangkan kami anak-beranak, malah menghulurkan wang tunai untuk saya menaiki teksi bagi mengambil motosikal semula. Di masjid, saya mendapat bantuan wang tunai dan barang keperluan asas. Alhamdulillah, saya bersyukur,” kata Suriani sambil menambah keluarganya mendapat bantuan zakat menerusi Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) kira-kira RM350 sebulan.



Pengorbanan seorang ibu mengharungi perjalanan untuk mendapatkan bantuan demi keluarga.

Selepas menerima bantuan dan mengisi minyak motosikalnya, Suriani berkata, dia sekali lagi diuji apabila tersesat jalan untuk pulang ke rumah dan ketika itulah dia disapa oleh gadis bernama Fatimah dan rakannya, yang menawarkan diri untuk menumpangkan anak bongsunya yang berusia tiga tahun.

Suriani mengakui perbuatannya menunggang motosikal lebih muatan melanggar peraturan jalan raya bahkan membahayakan nyawa mereka lima beranak.

“Sudah tentu sebagai ibu saya sayangkan anak-anak dan tiada niat untuk membahayakan mereka. Tapi membiarkan mereka bersendirian di rumah di tingkat 14 juga mengundang bahaya, jadi saya tergerak hati untuk membawa mereka bersama. Dua lagi anak pula sudah berada di sekolah.

“Saya berharap semua pihak faham keadaan saya. Syukur alhamdulillah kerana meskipun perjalanan agak ‘panjang’ dengan bermacam-macam dugaan, saya mendapat pertolongan daripada insan-insan yang berhati mulia,” katanya.

Katanya, suaminya bekerja sebagai kelindan lori yang meraih pendapatan kasar kira-kira RM900 sebulan atau mencecah sehingga RM1,500 sekiranya berkerja lebih masa.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Allahu..kesiannya...good thing about her, dia tak biarkan anak2 kecil without adult supervision..semoga dipermudahkan urusan ibu ini...lps ni maybe boleh guna family planning (iols hanya mencadangkan shj)
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:04 PM | Show all posts
allah..kasihan.moga Allah murahkan rejeki keluarga ini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:10 PM | Show all posts
jap lagi ada la acik2 bwang yg mengencap, wt pe anak ramai, dh tau susah, nyusahkn

dia igt, org2 cmni bpeluang blaja elok2 cm yg mengencap ni agknye..
ada mental/fizikal yg sama IQ score dgn dia.
igt semua org perfect ka dari kecil?

lainla klu makcik ni ada double PhD, pstu beranak ramai, pstu hidup susah, cmtu logik jugala dihencap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Knp dia bersusah payah gi masjid kat bukit damansara?....

Sbb masjid tu kawasan org kaya & golongan elit.....so, JKKK kat situ tak byk songeh klu nk bg sumbangan...tak mcm kat kawasan PPRT...AJKmasjid simpan duit masjid mcm nk buat harta pusaka...

Aku pernah kerja area situ...klu bln posa...makanan kat situ mewah mcm kat hotel...tapi tak ramai yg dtg berbuka...collig aku tetiap hari terawih kat situ sbb mknan best dia kata... klu Allah suruh puasa 11 bln dlm sethn pun dia sanggup.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh...bukan menteri umno lata semua rakyat hidup senang ka.....semua mampu pergi shopping tu tanda kaya. ....kata munteri2 dan penyokong. ....



Ya Allah sedihnya baca...moga hidup mereka lepas ni dapat bantuan dari pihak yang sepatutnya. ....cuma seriau tengok ....bahaya naik motor ramai2. ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-4-2018 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga Allah murahkanlah hendaknya rezeki ibu n anak2 ni..Aamin..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 12:48 PM | Show all posts
sudah sampai masanya kerajaan menghadkan jumlah anak yang boleh dihasilkan oleh golongan pprt....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-4-2018 01:00 PM | Show all posts
Edited by EJALTI at 1-4-2018 05:03 AM

Baitulmal Maiwp Akui Makcik Naik Motosikal Berlima Penerima Zakat Tapi...

http://www.mstar.com.my/berita/b ... maiwp-pasal-makcik/

Diterbitkan: Ahad, 1 April 2018 12:48 PM

Oleh: IWAN SHU-ASWAD SHUAIB
[email protected]



PETALING JAYA: Dari Selayang seorang wanita menaiki motosikal ke Bukit Damansara, kehabisan minyak di tengah jalan di bawah cuaca terik, kemudian tersesat pula di Damansara.

Itu belum lagi tindakannya sanggup menempuh bahaya apabila turut membawa empat anak kecilnya bersama melalui lebuh raya yang sibuk.

Begitulah pengorbanan yang ditunjukkan seorang ibu apabila terpaksa melalui perjalanan ‘sukar’ demi mendapatkan bantuan buat mereka sekeluarga.

Video mengenai lima beranak itu yang tular di media sosial sejak Sabtu membangkitkan persoalan dalam kalangan netizen mengenai nasib dan bantuan yang sepatutnya diterima keluarga berkenaan untuk menjalani kehidupan di ibu kota.

Bagaimanapun, Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) menerusi satu kenyataan di Facebook menjelaskan bahawa wanita dalam video yang tular itu merupakan salah seorang penerima zakat oleh badan itu.

“Makcik tersebut ialah salah seorang penerima bantuan zakat kami secara bulanan melalui Skim Bantuan Kewangan Bulanan dan Skim Bantuan Am Persekolahan untuk anak-anaknya,” menurut satu posting di laman Facebook pada lewat malam Sabtu.


Paparan skrin video menunjukkan seorang ibu menunggang motor sambil membawa empat anak kecil.

Bagaimanapun kata Baitulmal Maiwp, penjelasan tersebut bukan untuk menghalang pemberian sumbangan dan bantuan orang ramai kepada keluarga wanita itu.

“Tetapi untuk memberi pencerahan bahawa dia telah dan sedang menerima bantuan zakat kami.

“Marilah wujudkan sebuah masyarakat prihatin yang progresif senada dengan tuntutan Islam,” menurut kenyataan itu lagi.

Menerusi beberapa video yang dikongsi pengguna Facebook, Nrftma Yussman pada Sabtu, dia dan seorang rakannya menceritakan bagaimana mereka berdua berasa lega mampu meringankan sedikit bebanan penunggang wanita itu dengan menumpangkan salah seorang anaknya untuk pulang ke rumah mereka di Selayang.

Pada Ahad, mStar Online melaporkan wanita berkenaan, Suriani Azira Shahril, 32, memberitahu dia merupakan ibu kepada lapan anak tetapi dua daripadanya telah meninggal dunia dan kini tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu di Kuala Lumpur.



Posting di halaman Facebook Baitulmal Maiwp mengenai video tular lima beranak menaiki motosikal.

Suri rumah itu berkata, keluarganya mendapat bantuan zakat menerusi Baitulmal Maiwp kira-kira RM350 sebulan berikutan kehidupan mereka serba kekurangan.

“Kadang-kadang makan cukup, kadang-kadang tidak. Biasanya saya akan pergi ke Chow Kit untuk mendapatkan sumbangan makanan yang diberikan NGO (badan bukan kerajaan) kepada golongan gelandangan,” katanya sambil menambah suaminya bekerja sebagai kelindan lori yang meraih pendapatan kasar kira-kira RM900 sebulan.

Bagaimanapun, suriani mengakui perbuatannya menunggang motosikal lebih muatan melanggar peraturan jalan raya bahkan membahayakan nyawa mereka lima beranak.

“Sebagai ibu saya sayangkan anak-anak dan tiada niat untuk membahayakan mereka. Tapi membiarkan mereka bersendirian di rumah di tingkat 14 juga mengundang bahaya, jadi saya tergerak hati untuk membawa mereka bersama. Dua lagi anak pula sudah berada di sekolah. Harap semua pihak faham keadaan saya,” katanya.

Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 01:03 PM | Show all posts
batmana replied at 1-4-2018 12:10 PM
jap lagi ada la acik2 bwang yg mengencap, wt pe anak ramai, dh tau susah, nyusahkn

dia igt, org2  ...

kat mana tah aku dgr....deme kata org miskin byk anak sebab xde hiburan lain...so itu je la hiburan dia...

bukan aku yg cakap ek..aku dgr kt tv tuhhh.....

tapi betoi la hang kata...iq dia mmg x setanding org ada phd..so myb dia xtau pon apa itu family planning....
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Revise la bantuan zakat tu..350 sebulan dizaman gini mmg x cukup..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh ada suami rupanya
Yelah mmg risaulah kan nk tggal anak kt rumah nnti jd apa2
Tapi usung cmtu pun bahaya
Baguslah ada yg membantu
Tapi x patutla tuduh yg bawa kereta sombong2 pula
Nak tolong tu bagus tp x perlu nk puji sgt diri sndri smbil hina orglain yg ko xtau apa yg dorang lalui dan xde masa nk peduli mak yg gigih usung anak naik moto cmni

Hmmm miskin harta tapi sgt bertuah subur anak ramai
I envy her
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
dgn anak kcik, kos idop kt sni dgn gaji besih suami die..mmg x brp ckup la..apetah lg brg basah skrg mahal..tau2 je harge naik..belom lg kos anak2 mse skolah..kesian la utk golongan sebgini..hrp ade solution utk akak ni..niage jual mknn ke..

sbb tu iols rela hulur bantuan org yg benar2 memerlukan dr tlg org rohingya x sedar diri tuuu..xdpt duit dimarah nye kite
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:02 PM | Show all posts
harkktuih replied at 1-4-2018 01:05 PM
Revise la bantuan zakat tu..350 sebulan dizaman gini mmg x cukup..

Setuju...RM350 sebulan atau RM11.67 sehari agak sikit...RM600 atau lebih pun sesuai, dapatlah RM20 sehari sekurang2nya dapat beli bahan makanan mentah untuk dimasak...
Dengan kos makanan mentah yang dah naik, ikan kembung sekilo melebihi RM15, ayam sekilo melebihi RM7...bagi la zakat lebih kepada asnaf fakir dan miskin ni...kutipan zakat makin bertambah dari tahun ke tahun tapi dari segi bantuan zakat masih kekal RM350,...harap pejabat zakat dan pihak yang berkenaan dapat dipertimbangkan untuk menaikkan nilai bantuan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
muda lagi adik ni..baru 32 thn..peluang tuk beranak lg mmg ada..harap dia besarkan jela anak yg dah ada tu...kesian lak anak ramai tp makan pakai xcukup..jgn pentingkan diri sendiri jela..
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:14 PM From the mobile phone | Show all posts
32 ko panggil MAKCIK??! CHHHHHHOOOOOIIIIII!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-4-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Petanda ikunumi makmoor, so korang nak konar denial apa pulak macai2 oiii? Suh acik tu ambik loan beli keta?? @tobby @rashiman
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
32 dia panggil makcik wey ..abis kita ni nak panggil apa
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 03:00 PM | Show all posts
Bingai ke apa?

Hidup susah tidak menghalalkan kesalahan jalan raya. Sepatutnya ibu ni wajib di ambil tindakan kerana mengabaikan keselamatan di atas jalan raya.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos hidup mmg mahal skrg.. dgn anak kecik2 lg, mmg gigih dia dptkan bantuan2 yg lain.. ibu ni muda lg.. insyaAllah anak2 dh besar nnti ok la tu nnti..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.137830 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list