CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4325|Reply: 33

Sultan Johor namakan spesies semut - Echinopla Tunku-Abduljalilii

[Copy link]
Post time 20-5-2018 06:38 PM | Show all posts |Read mode
Sultan Johor namakan spesies semut




JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, berkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu yang ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi UTHM, Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renek di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.

"Ada 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini adalah spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi ditemui di Kota Tinggi.

"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Maryati berkata, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu, akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan, sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.

Maryati berkata, nama spesies baharu itu akan kekal dan hanya hilang sekiranya mengalami kepupusan.

Beliau berkata, sebelum ini ada penamaan spesies berkaitan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini, terdapat 16,000 spesies semut yang dinamakan secara saintifik dan kira-kira 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. - BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2018 06:55 PM | Show all posts
apahal aku rasa kelakar ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
biarlah bersemadi nama almarhum..  semut pon semut lah..  tapi i wish a bigger animal sbb semut ni asek kene pijak je..  hilg pulak dolat..
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
spesis baru?  rasnaya spesis lama yp baru dijumpai
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xde tunku tu boleh le rasa nak respek sikit
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Echinopla Jalili better.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-5-2018 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita kepala dia akan tertanggal dan melekat di kulit..

Apa nama semut tu erk?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 01:40 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita  ...

ini semut tukang jahit luka di kulit

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 01:41 AM | Show all posts
imransulaiman replied at 21-5-2018 12:20 AM
Dulu masa sekolah kat BP, ada sejenis semut merah kepala besar tak ingat nama.. Bila dia gigit kita  ...

ini semut tukang jahit luka kulit

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 01:47 AM | Show all posts
dna claim mengclaim leluhur,
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 01:51 AM | Show all posts


kenapa nama saye tmj


Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 04:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ninja boy replied at 21-5-2018 01:40 AM
ini semut tukang jahit luka di kulit

Hahahaha... Yang benar? Adoi!

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 04:58 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

Hem sounds better...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kelakar namanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 05:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah, nama semut pun cam manusia dah, ada tunku, abdul bagai

Semut ni nampak so velvety!
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 05:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaman sultan azlan perak jadi agung dulu ada jugak spesis serangga letak nama dia, nama azlania apa tah. Lagipun dia sendiri ada terlibat dan penyelidikan serangga tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2018 06:33 AM From the mobile phone | Show all posts
albedah replied at 20-5-2018 08:39 PM
Echinopla Jalili better.

Yep,sounds better and lg saintifik bunyinya berbanding tunku jalili..hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian, org lain jumpe.org lain claim..dpt funding x
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 08:40 AM | Show all posts
Edited by kikuri at 21-5-2018 08:42 AM

rajinnya mengkaji semut bagai... kalo aku nampak semut mampus dah semut tu kena spray
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2018 08:41 AM | Show all posts

Sultan Johor namakan semut 'Echinopla Tunku-Abduljalilii'

JOHOR BAHRU - Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar perkenan menamakan spesies semut Echinopla baharu ditemui Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai Echinopla Tunku-Abduljalilii.

Ketua Pusat Pemeliharaan dan Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Semula Jadi (CoR-SUNR), Fakulti Sains Gunaan Dan Teknologi UTHM Prof Datin Dr Maryati Mohamed berkata, spesies baharu daripada jenis kumpulan Echinopla itu dikutip daripada tumbuhan renik di tepi Sungai Bantang, Hutan Lipur Sungai Bantang dekat Labis, Mei tahun lalu.

"Terdapat 15 spesies daripada jenis kumpulan Echinopla di Malaysia dan spesies baharu ini merupakan spesies ke-16 dan kedua dari Johor yang mana spesies pertama iaitu Echinopla Wardi telah dijumpai di Kota Tinggi.

"Spesies ini berukuran 5.48 milimeter panjang dan berwarna hitam. Kebanyakan spesies Echinopla yang lain badannya mempunyai bulu, tetapi spesies Echinopla yang baharu ini tidak mempunyai bulu," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Menurutnya, bagi menghargai kejayaan pertama CoR-SUNR dan UTHM atas penemuan spesies baharu itu, Canselor UTHM iaitu Sultan Ibrahim telah dipohon limpah perkenan bagi menamakan spesies Echinopla berkenaan.

"Atas perkenan penamaan spesies ini, International Code of Zoological Nomenclature (IZCN) iaitu sebuah badan antarabangsa yang menguruskan penamaan spesies baharu akan mengeluarkan satu kenyataan pengesahan sekali gus rasmilah nama Echinopla Tunku-Abduljalilii ini," katanya.

Maryati berkata nama spesies baharu itu akan terus kekal dan hanya akan hilang sekiranya mengalami kepupusan dan jelasnya sebelum ini terdapat penamaan spesies berkaitan dengan keluarga diraja iaitu Rafflesia Tengku-Adlinii yang pernah ditemui di Sabah.

Sehingga kini terdapat 16,000 spesies semut yang telah dinamakan secara saintifik dan terdapat lebih kurang 33 spesies dalam kumpulan jenis Echinopla yang terdapat di Australia, Filipina, Papua New Guinea, Indonesia, India dan Malaysia. - Bernama

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut sebab mulut orang” - Nubhan
Raline“Dah ‘haus’, mak takut bedah lutut se
Views : 26359 Replies : 4
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 71810 Replies : 2874
Vivy, suami mengaku tidak salah pertuduhan salah guna dana PNB, Khazanah
RalineVivy, suami mengaku tidak salah pertuduh
Views : 29673 Replies : 40
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 140358 Replies : 4529
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 178286 Replies : 7756
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 134413 Replies : 1422
...HUMANITARY CHAT...
seribulan...HUMANITARY CHAT...
Views : 32555 Replies : 515
Bahana godaan kad kredit, gaya hidup mewah
maklukpenggodaBahana godaan kad kredit, gaya hidup mew
Views : 15424 Replies : 49
Farid Kamil Tetap Pendirian Enggan Ceraikan Diana, Lantik Peguam Sebagai JKP - “Saya harapkan doa yang terbaik untuk masa depan"
RalineFarid Kamil Tetap Pendirian Enggan Cerai
Views : 12418 Replies : 25
“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suami…” – Nazim Othman Enggan Berkahwin Lagi
Raline“Dalam Realiti, Saya Gagal Menjadi Suam
Views : 12685 Replies : 42

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 06:27 PM GMT+8 , Processed in 0.098184 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list