"Binatang pengecut. Kalau berani, jomlah jumpa depan-depan."
Amboi, marah sangat Ifa Raziah. Bengang dengan siapa tu sampai menyamakannya dengan binatang?
Foto: IG Ifa Raziah
Menerusi Insta Storynya semalam, Ifa meluahkan kemarahannya terhadap seorang individu dipercayai mengganggu perniagaannya.
Kau ingat aku jual benda haram ke?
Berdasarkan apa yang ditulisnya itu, individu terbabit mungkin ada membawa mulut memburuk-burukkan Ifa dan produknya.
"Ada binatang terasalah. Memang sesuai dengan muka gampang dan mulut pekong kau," sindirnya lagi.
Ifa kemudian mengajak individu berkenaan berdepan dengannya jika ada rasa tidak puas hati.
"Kalau berani, meh la jumpa face to face," katanya.
Foto: IG Ifa/Media Hiburan
Alamak, marah betul bunyinya tu. Siapa agaknya yang mencari pasal dengan Ifa. Apapun, semoga konflik di antara mereka dapat diselesaikan dengan baik. - CARI |