Ini bukan gimik 'marketing' atau apa sahaja cara untuk menaikkan nama, namun ianya adalah silap faham Elizabeth Tan ketika berbahasa Melayu.
Kejadian yang berlaku secara langsung menerusi program Pop TV itu menjadi riuh rendah apabila Elizabeth atau mesra dipanggil Lizzy menggunakan perkataan 'beromen' yang setahunya adalah bererti perbuatan romantik. Hal itu menyebabkan ia tular di media sosial.
Dalam statusnya di Twitter, Lizzy meminta maaf atas kekhilafannya.
Foto : Twitter Elizabeth Tan
Maka, bermacam komen yang ditulis oleh para netizen. Apatah lagi ianya terkeluar ketika ditanya mengenai filem terbarunya, Misteri Dilaila yang bergandingan dengan pelakon Zul Ariffin.
Foto : IG Pop TV
Ada netizen yang menjelaskan bahawa perkataan itu sebenarnya betul, tetapi ...
Mengakui kesilapannya, Lizzy juga secara bergurau untuk mempertimbangkan kelas Bahasa Melayu bagi mengelakkan kesilapan yang sama.
Manakala, Twitter program Pop TV juga memberitahu Lizzy supaya tidak perlu terlalu risau.
Kadang-kadang benda yang tidak dirancang sebegini menaikkan nama artis, sementelah Lizzy juga muncul dengan Police Entry. - CARI |