Antara perkara paling tidak disukai orang ramai adalah apabila diri dibanding-bandingkan dengan orang lain, apatah lagi anak angkat yang dibezakan dengan anak kandung.
Dan itulah yang dilakukan jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri di laman Instagramnya.
Dalam satu kemas kini terbarunya semalam, Aliff memuat naik sebuah gambar bersama salah seorang anak angkatnya dengan menulis kapsyen yang membuat orang ramai berasa sakit hati terhadapnya.
Anak kandung sendiri tak reti hargai ibu bapa
Usahawan kosmetik yang sering mencetuskan kemarahan orang ramai dengan status-status bangga dirinya kali ini tidak terkecuali daripada membuat pengikutnya berasa kesal dan terkilan dengan sikapnya.
Selain bimbang anak-anaknya berkecil hati dengan tindakannya itu, mereka turut meluahkan perasaan meluat terhadap Aliff yang dilihat semakin terdesak meraih publisiti.
Kaya tapi miskin jiwa!
"Anak-anak kecil lagi. Apa perasaan mereka bila baca posting ini nanti? Langsung tak reti bersyukur!" komen netizen.
Malah, ramai juga yang tertnya-tanya punca Aliff mengeluarkan kenyataan sedemikian.
Kenapa sentap sangat dengan anak
Namun, mereka menempelak Aliff yang mahukan anaknya sempurna di mata sedangkan perangainya sendiri tidak semenggah mana.
"Ferrari dah terbakar sebiji, nak tunggu istana terbakar baru nak insaf kot," sindir netizen.
Kredit foto: IG Aliff Syukri
Tak dinafikan kadang kala ibu bapa tidak menang tangan mendidik dan melayan anak-anak hingga ada kalanya terasa hati apabila anak tidak menjadi seperti diharapkan.
Namun, itu bukan alasan untuk meletakkan kesalahan sepenuhnya pada anak kerana sikap anak bergantung pada didikan ibu bapa. - CARI |