Edited by Kentang.Goreng at 21-9-2018 02:52 PM
Dari mak sampai anak buat hal
BUKAN hanya tiga ahli keluarga didapati bersekedudukan bersama kekasih masing-masing, malah mereka didapati dalam keadaan khayal akibat pengaruh dadah jenis syabu.
Bagaimanapun, kegiatan tidak bermoral itu berjaya dibongkar Pasukan Special Tactical Response & Investigation Key Enforcers (STRIKE) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan AADK Kuala Langat, dalam serbuan di rumah, awal pagi semalam.
Jurucakap AADK berkata, rumah berkenaan didiami wanita berusia 40 tahun bersama adik perempuannya berusia 35 tahun dan lima anak mereka berusia 6 hingga 25 tahun.
“Ketika serbuan dijalankan, wanita itu, adik perempuannya dan anak lelaki wanita berkenaan berusia 25 tahun, ditemui bersama kekasih masing-masing di dalam bilik.
“Manakala seorang lagi anak lelakinya sedang dalam keadaan khayal dalam bilik berasingan. Tiga anaknya yang berusia 6 hingga 13 tahun hanya mampu melihat gelagat ahli keluarga mereka,” katanya.
Menurutnya, hasil ujian saringan air kencing terhadap semua individu berkenaan mendapati mereka positif dadah jenis syabu.
“Siasatan mendapati semua mereka terbabit dengan penyalahgunaan dadah sejak enam bulan lalu.
“Mereka menjadikan rumah terbabit sebagai ‘port’ untuk melepaskan gian selain melakukan aktiviti tidak bermoral dengan kekasih masing-masing,” katanya.
Katanya, semua individu yang positif dadah dibawa ke pejabat AADK Kuala Langat untuk proses dokumentasi.
|