Selepas satu, satu kenyataannya mengundang kemarahan ramai dan model penuh kontroversi Alicia Amin sekali lagi mencetuskan provokasi apabila mempertikaikan kandungan buku teks SPM bagi subjek Pendidikan Islam.
Sebelum ini, dia lantang bersuara mengenai isu golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) terutama berhubung isu hukuman sebat yang dikenakan terhadap pasangan lesbian di Terengganu.
Terbaru, Alicia menolak mentah-mentah mengenai hukuman bunuh terhadap murtad seperti terkandung dalam buku teks berkenaan.
"Tiada apa yang rasional untuk menjatuhkan hukuman bunuh," katanya.
Kredit foto: IG Alicia Amin
"Malaysia selangkah saja lagi sebelum remaja mula melakukan tembakan rambang di sekolah," tulisnya di Twitter.
Netizen di laman sosial menyifatkan Alicia seorang yang bias terhadap agama sendiri kerana membuat dakwaan tanpa mengambil kira kedua-dua sudut.
Kredit foto: Twitter
Rasional atau tidak, setiap orang perlu menghormati agama sendiri mahupun agama lain. Rasanya Alicia perlu mengkaji terlebih dahulu dan bertanya kepada yang lebih arif mengenai isu ini, bukan sewenang-wenangnya membuat tuduhan berat sebelah seperti ini. - CARI |