CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5918|Reply: 42

[Tempatan] Dua melecur, mesin pengering dobi meletup

[Copy link]
Post time 5-10-2018 12:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by CARI-MAL at 5-10-2018 11:24 AM

KLANG - Seorang bapa dan anak perempuannya melecur masing-masing 57 dan 37 peratus selepas mesin pengering pakaian sebuah kedai dobi di Jalan Johan Setia meletup dalam satu kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

Lelaki berkenaan yang berusia 43 tahun dan anaknya berumur 14 tahun yang melecur pada beberapa bahagian badan kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, berdasarkan laporan pengadu iaitu isteri mangsa, dia bersama suaminya dan dua anak mereka telah pergi ke kedai dobi berkenaan untuk mengeringkan pakaian.

"Semasa pengadu bersama anak kecil di dalam kereta, tiba-tiba berlaku letupan di mesin pengering tersebut dan menyebabkan suami dan anak perempuannya melecur pada tubuh badan.

"Pengadu telah meminta bantuan orang ramai membantu mengangkat suami dan anaknya ke dalam kereta sebelum memandu terus ke HTAR," katanya dalam satu kenyataan di sini sebentar tadi.

Shamsul Amar berkata, siasatan awal mendapati, letupan berlaku setelah suami pengadu menekan butang “START” mesin pengering, yang secara tiba-tiba meletup dan menyebabkan suami dan anak pengadu mengalami kebakaran pada tubuh badan.

Katanya, kedua-dua mangsa berada dalam keadaan stabil dan dirawat di HTAR di sini.

Menurutnya, pegawai bomba mengesahkan punca kejadian adalah akibat masalah teknikal pada mesin pengering yang menyebabkan api menyambar bahagian belakang yang menempatkan tong gas.

"Siasatan mendapati tiada unsur khianat dalam kes ini," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Ade pariya calit C4 ke pulak dalam tu sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 01:04 AM | Show all posts
takotnya...........mcm bom plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang ni musim kes dobi ke? Haishhh... semoga cepat sembuh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Uishhh! Seram plak baca news camni
Ujan2 ni kadang pergi keringkan kat kedai jg
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 08:34 AM | Show all posts
ana_una replied at 5-10-2018 06:12 AM
Sekarang ni musim kes dobi ke? Haishhh... semoga cepat sembuh..

hahaha kan.. baru nak tulis.. satu kes .. berdedai2 pulak kes lain... iol ni kdg bawak anak kecik gi dobi seriau jgk sbb kdg terfikir jugak kes macm ni.. dgn mangkuk hayun ada yang merokok dalam dobi lagi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2018 08:35 AM | Show all posts
rasanye ni bkn 1st news psl mesin kt dobi meletop
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 08:43 AM | Show all posts
2,3 kali dah ni duk meletup je
aku pun dah takut2 jugak ni nak guna dryer  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruk letup kalo ikut pica tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nanti basuh baju kat dobi taknak la tunggu kat situ, huhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk kali dgr mesin dobi meletup.. pki sampai penas kot
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:24 AM | Show all posts

nasib baik takde budak kecik masa meletup
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
want2bhappy replied at 5-10-2018 08:34 AM
hahaha kan.. baru nak tulis.. satu kes .. berdedai2 pulak kes lain... iol ni kdg bawak anak kecik  ...

Samela ..ai klu g dobi part yg mesin kering tu kan panas mula la dok bygkan yg bukan2 masa guna.. sesiap soh anak dok jauh2..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:35 AM | Show all posts
Kebanyakan dobi guna dryer jenis gas drying. Guna tong gas LPG tu.

tu yg hari tu ada kementerian dah keluarkan amaran jgn guna LPG. guna yg elektrik.

pandan muka!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2018 09:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:54 AM | Show all posts
customer mana lah tau dobi tu dryer guna gas ke atau elektrik. yang patut dipersalahkan hal ni kedai dobi tu....silap2 tak pernah buat maintenance..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2018 09:57 AM | Show all posts
samannnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 09:58 AM | Show all posts
takut la. minggu ni baru nak pergi cuci comforter.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
pakai lpg ke letrik ke blh je, cuma yg pki lpg tu kena pasang sensor lpg lah, kalau ada kebocoran penggera blh berbunyi atau automatik shut down operation, cuma Mungkin pemilik2 ni tanak tambah kos
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 10:02 AM | Show all posts
lately ni femes btol kedai dobi ni kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 12:09 AM GMT+8 , Processed in 0.173531 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list