Sebuah lukisan milik pelukis misteri 'Banksy' yang baru sahaja berjaya dilelong Jumaat lalu dengan harga ASD1.4 juta (RM5.8 juta) tiba-tiba musnah dengan sendirinya, lapor The Associated Press.
Kredit Foto: Independent.ie
Menurut pusat lelongan Sotherby di London, sejurus selepas pengesahan penjualan karya seni yang bertajuk 'Girl With Balloon' itu diumumkan, tiba-tiba lukisan itu melurut ke bawah dan dicincang oleh mesin kecil yang disembunyikan di dalam bingkai lukisan. Lukisan itu hanya dicincang separuh selepas mesin itu berhenti.
Kredit Foto: Get Surrey
Karya seni itu dibuat menggunakan cat sembur dan acrylic di atas kanvas dan antara salah satu imej paling terkenal dalam siri lukisan Banksy. Ianya memaparkan seorang budak perempuan dengan tangan kanannya cuba memegang sebiji belon merah berbentuk hati.
Kredit Foto: The Independent
'Nampaknya kita semua ditipu oleh Banksy' kata Alex Branczik, Pengarah Kanan Sotherby. Banksy ialah pelukis terkenal dunia yang masih tidak diketahui identitinya. Walau bagaimanapun, Banksy sering berinteraksi dengan peminatnya melalui instagramnya.
Kredit Foto: Gossipier
Mengulas mengenai kejadian ini, Banksy mulanya hanya memuatnaik komen 'Going, going, gone...' Sejurus kemudian, Banksy memuatnaik sebuah video mengesahkan beliau telah memasang mesin pencincang khas dalam bingkai gambarnya sebagai protes terhadap pembeli seni yang menjual-beli karya seni melalui lelongan.
Kredit: Instagram
Pihak berkuasa Sotherby masih tidak dapat mengesahkan bagaimana mesin pencincang itu diaktifkan dan membuat spekulasi yang Banksy sendiri menyamar masuk ketika lelongan dan mengaktifkannya secara kawalan jauh. Akhbar Guardian pula mengatakan gimmik ini mungkin satu cubaan pelukis tersebut untuk melariskan dan menaikkan nilai karya seninya termasuk Girl With Balloon.
Pembeli lukisan bernilai ASD1.4 juta (RM5.8 juta) itu kini berbincang dengan Sotherby untuk tindakan selanjutnya. -CARI
|