ANGGOTA kumpulan Forteen, Ameerais Azhar, 28, menafikan video lucah yang tersebar kini adalah dirinya.
"Saya baru tengok video tersebut. Apa yang boleh saya tegaskan di sini , orang di dalam video tersebut bukan saya.
"Malah saya takkan buat benda-benda tak elok macam itu. Ini adalah ujian, saya reda," katanya terkejut.
Ameerais yang ditemui pada majlis pelancaran produk Musclemen Spa milik rakannya, One Forteen dan Jaspal, berkata lagi, dia tidak pernah menyakiti sesiapa sepanjang hidupnya.
Bahkan, andai video tersebut berlarutan dia akan membuat laporan.
"Setakat ini saya tak pernah sakitkan hati sesiapa apatah lagi nak bermusuh. Yang mana mengenali diri saya, mereka pasti kenal siapa saya yang sebenarnya.
"Namun jika video itu berlarutan dan menjejaskan karier serta reputasi, saya akan ambil tindakan," tegasnya.