"Korang jangan nak tunjuk pailang dengan aku. Jangan cari pasal kat page aku!"
Pelakon Zarina Anjoulie yang memang terkenal dengan kelantangannya bersuara mengenai apa saja isu di laman sosial kali ini sekali lagi meluahkan kemarahannya melalui beberapa gambar di Insta Story.
Dipercayai, segalanya berpunca selepas ejen jualan sebuah produk mencari pasal dengan Zarina. Apa yang tidak puas hati sangat tu, Anju?
Kau tu macai bawah tapak kaki aku lagi
Luahan Zarina menunjukkan seolah-olah ada pihak sengaja berbuat khianat kerana dengki dengan perniagaannya yang semakin mendapat nama di kalangan pengguna.
"Kau wanita suka membawang dan cari salah orang. Lepas tu bila nampak orang lain lebih, mulakan (buat) dengki khianat.
"Ada nampak Vivy Yusuf atau tauke Sendayu Tinggi buat macam tu? Sebab itulah mereka (produk) meletup dan korang masih lagi sampah," luahnya.
Zarina kemudian memuat naik gambar seorang wanita dipercayai individu yang telah membuatnya 'naik hantu'.
Berapa kilo kau hisap?
Kredit foto: IG Zarina Anjoulie
Bagi mereka yang selalu tertunggu-tunggu drama Anju di laman sosial pasti tidak sabar menunggu adegan seterusnya, kan? - CARI |