Seorang lelaki cedera ringan selepas terjun dari tingkat tiga sebuah flat di Mak Mandin sebelum terjatuh di atas sebuah kereta yang diparkir di bawah flat berkenaan, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, menurut saksi mangsa dalam keadaan sedar dan masih boleh berbual dan marah pada bapanya selepas terjatuh dari tingkat tiga.
Kredit foto: Sinar Harian
Lelaki berkenaan dipercayai kurang siuman dan tinggal bersama bapanya yang sudah tua dan kurang upaya.
"Mangsa mengatakan dia terdengar 'suara' menyuruh terjun dari flat tersebut," kata saksi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa pada mulanya merayau-rayau di sekitar Kulim sebelum dibawa pulang ke rumahnya.
"Mangsa dibawa pulang oleh Komuniti Kepolisian Masyarakat Butterworth ke Blok Mak Mandin.
"Sebaik sahaja tiba, mangsa terus buka pintu kereta dan lari naik ke Tingkat 3 Blok 1 Mak Mandin.
"Sejurus itulah orang ramai mendengar bunyi kuat seperti benda jatuh sebelum menghubungi anggota pertahanan awam dan membawa mangsa ke Hospital Seberang Jaya bagi mendapatkan rawatan," katanya. - CARI |