Kebiasaannya, jika kita berkunjung ke majlis perkahwinan kita sering melihat pengantin dengan hanya sebiji kek untuk upacara majlis memotong kek. Tidak kisahlah kek satu tingkat, dua tingkat atau bertingkat - tingkat, lain pula bagi pasangan pengantin ini.
Memakai hashtag #weddingafiqfazlin, pasangan ini telah menyediakan satu khemas khas untuk kek, pastri, biskut dan manisan lain! Menarik dan lain dari yang lain.
Telah viral di laman sosial facebook, jom kita lihat dan 'rasa' gambar kemanisan di sebalik sebuah khemah ini.
Cupcake pelbagai corak! Diabetes alert!
Sedapnya .... banyak pilihan, rambang mata dibuatnya!
Nampak sedap betul kek kek tu. Agaknya berapa lama masa untuk menyiapkan kek sebanyak itu? Bagus juga diadakan khemah manisan seperti ini, tidaklah kanak kanak meleleh air liur melihat pengantin memotong kek ketika upacara memotong kek. Setuju tak?
Bakal bakal pengantin boleh cuba juga ya, kalau mahu lain dari yang lain mungkin boleh cuba menu yang lain pula, seperti kuih muih melayu tak pun sushi. Berani cuba? -CARI
Kredit : FB Muhammad Qayyum |