Betul ke Rozita Che Wan ditipu penganjur di Brunei? Dakwaanya dibuat di laman Instagram beserta gambar 'tertuduh' dan kapsyen yang menyatakan mereka telah ditipu serta meminta orang lain berhati-hati dengan penganjur ini. Bagaimanapun, apa yang pelik ialah Che Ta tidak menjelaskan secara terperinci mengenai tuduhan tersebut.
Khabarnya, majlis tersebut telah berlangsung pada Julai 2018, tetapi kenapa baru sekarang Che Ta memviralkannya? Pihak penganjur turut memberi respon kepada tuduhan tersebut.
Kredit foto: IG
Hal ini menyebabkan pengikut Che Ta turut meminta penjelasan pelakon tersebut seperti jenis penipuan penganjur. Namun Che Ta tidak menjelaskannya.
Namun, mengikut sumber pihak tertentu, masalah berlaku apabila pengurus Che Ta yang bernama Zayadi berbincang dengan penganjur di Brunei serta telah bersetuju dengan terma tertentu. Bagaimanapun mungkin ada silap faham dari Che Ta hingga membuatkan dia memviralkan isu ini.
Begitu juga dengan komen beberapa netizen lain yang menganggap Che Ta sekadar membuat publisiti murahan semata-mata.
Akhirnya pihak penganjur turut membalas tuduhan Che Ta dengan menyatakan segala yang dilakukan adalah termaktub dalam kontrak. Jadi, kenapa perlu dihebohkan perkara yang tidak pasti dan sepatutnya sebagai selebriti popular, Che Ta perlu berbincang dengan pengurus dan penganjurnya bagi menjernihkan keadaan.
Kredit foto: IG
Namun, dilihat Che Ta juga membalas dengan jawapan pendek.
Semoga kedua-dua pihak dapat mencari penyelesaian yang terbaik ya. - CARI
|