"Ini bukan duit haram, ini duit kita. Sumpah dengan nama Allah ini duit halal."
Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri melonjak keriangan apabila menerima 'berkepuk' wang daripada Google Malaysia, baru-baru ini.
Bukan sedikit, tetapi RM53,000 tau! Nak tahu kenapa Google Malaysia bagi duit sebanyak itu kepada usahawan dan penyanyi berusia 31 tahun itu?
Rezeki kecaman netizen
Saluran YouTube-nya saja memiliki hampir 340,000 pelanggan. Malah, semua video dimuat naik menarik ribuan tontonan dan komen netizen sama ada yang mengecam mahupun memberi pujian.
Menerusi video dimuat naik di saluran youTube TV Terlajak Laris, Aliff dilihat berjalan masuk ke pejabatnya dengan bangga sambil membawa sampul surat mengandungi wang tunai berkenaan.
Dia juga begitu teruja berkongsi berita gembira itu dengan isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan stafnya.
"Terima kasih Google Malaysia kerana memberi ganjaran wang ini kepada saya. Terima kasih juga atas segala kecaman berterusan yang dilemparkan terhadap saya," katanya yang turut 'meminta orang ramai untuk terus melemparkan komen negatif terhadapnya'.
Aliff kemudian berjalan di sekitar pejabatnya sambil memberi not RM50 kepada pekerjanya.
Ha, siapa menyangka kecaman yang diterima boleh bertukar menjadi rezeki tak disangka-sangka? Mesti Aliff sangat berterima kasih dengan mereka yang gemar menghamburkan kecaman terhadapnya! - CARI
|