View: 9194|Reply: 25
|
addooiii haii laaa --> Kahwin kerana cinta akhirnya hidup merana
[Copy link]
|
|
SAYA tidak malu mengaku bahawa saya seorang wanita bodoh, mudah percaya dan lurus bendul. Suami dah benci, dah tidur dengan wanita lain, dah nak kahwin pun saya masih mengharapkan dia akan kembali kepada saya seperti dulu. Saya tak pernah terfikir bahawa saya akan diceraikan satu hari nanti.
“Sebab menurut kata Aidil dahulu ketika kami bercinta dahulu bahawa saya adalah penyelamat dirinya, sebab sebelum kami berkahwin, kehidupan Aidil tidak pernah terurus, kerja tak pernah kekal, sekolah tak habis tingkatan 5, keluarga terutama adik beradik pun tidak berapa sukakan dia, yang ada hanya ibu itu pun tak boleh jumpa selalu sebab duduk dengan kakaknya jadi boleh dikatakan dia anak terbuang dalam erti kata lain.
“Sebab itulah bila kami berkawan dan seterusnya bercinta, dia anggap saya penyelamatnya sebab di sebalik kebencian keluarga masih ada orang yang mencintai dan menyayanginya sepenuh hati dan telah mengubah kehidupannya.’’ Itu cerita Edah.
“Kami bertemu secara kebetulan, di tempat jual kereta terpakai. Dia bersungguh hendak jual kereta pada saya, walaupun saya tak sukakan warnanya. Tetapi kerana pujukan Aidil, dan saya percaya kereta tersebut masih baik, maka saya beli kereta tersebut.
“Sebenarnya, Aidil bukan pekerja tetap syarikat kereta tersebut, tetapi kerana dia pandai pujuk pelanggan, akhirnya dia diambil jadi pekerja tetap. Selepas itu kami jadi kawan baik, sebab dia selalu tanya adakah saya ada masalah dengan kereta tersebut.
“Dari berkawan akhirnya kami bercinta, sedangkan antara saya dan dia jauh beza, saya ada kerja tetap, berpendidikan tinggi, sedangkan dia SPM pun tak ada. Emak ayah suruh saya fikir berpuluh kali sebelum terima Aidil jadi suami, katanya takut nanti ada banyak masalah kemudian hari. “Lepas ada anak baru mula memahami perangai Aidil tetapi kerana cinta dan malu pada keluarga yang telah beri amaran dulu, saya tutup semua masalah Aidil, dengan harapan Aidil akan berubah satu hari nanti. Malangnya saya pulak semakin lemah dan tunduk kepada kehendak Aidil yang tidak kekal dengan pekerjaannya
“Masuk anak kedua, Aidil merayu saya buat pinjaman bank sebab dia berniaga, katanya sampai bila dia hendak bertukar-tukar kerja. Lagi pun susah bekerja dengan orang, serba tak kena, semuanya kerana dia miskin, maka orang tak percaya kebolehanya. Dan dia berjanji akan berusaha dan bekerja sendiri, dia ingin berniaga.
“Katanya dia pandai masak, dan nak buka kedai makan dengan menyewa sebuah tempat yang katanya disewa daripada kawannya. Sebenarnya saya tak yakin dia boleh masak tetapi dia terus mendesak. Dia dapat tukang masak yang boleh bantu. Katanya kalau tak percaya dia ajak saya buat join akaun, setiap hari dia akan masukkan duit dalam bank dan saya boleh lihat kemajuan perniagannya. Peliknya saya percaya. Saya ikut dan kata nya.
“Sebenarnya saya tak tahu mengapa saya percaya cakap Aidil, bertukar kerja kerana bos tak baik dan nak berniaga pun saya percaya. Dia suruh buat akaun bersama bank pun saya ikut, konon saya boleh lihat kemajuan perniagaannya.
“Awalnya memang perniagaan tak berapa maju, kata Aidil, tunggulah setahun dua mungkin akan bertambah baik, pokoknya mesti sabar. Tak sampai dua tahun, Aidil mula resah, katanya tempat perniagaannya tak bagus, tak ramai pelanggan. Ketika itu saya dapati, bukan duit perniagaan Aidil yang masuk, tetapi duit gaji dan simpanan saya yang merosot.
“Bila anak bertambah tiga orang, rasa gelisah saya semakin bertambah, sebab perbelanjaan mengurus anak-anak semakin meningkat, di samping menanggung perniagaan Aidil yang semakin rugi. Saya nasihatkan Aidil, jika berniaga tak maju, berhentilah, cari kerja. Katanya siapa nak ambil dia bekerja umur dah hampir 40 tahun. Walau apa pun dia akan terus berniaga mungkin rezekinya di tempat lain.
“Dalam pada itu dia sibuk nak buka cawangan tempat lain, dan dia tak mahu lepaskan tempat yang ada. Dalam diam dia buka tempat baharu. Dan dia makin sibuk. Dalam masa yang sama saya semakin terhimpit kerana duit gaji saya banyak yang Aidil gunakan untuk buka berniaga tempat lain. Bila saya mengadu susah nak beli susu anak dan nak bagi upah pengasuh. Aidil cadangkan saya pinjam bank. Katanya saya layak sebab hutang kereta tak ada. Van buruk yang Aidil beli untuk berniaga dah habis bayar.
“Walaupun saya tolak, tetapi Aidil dah buat permohonan atas nama saya, dia suruh saya tanda tangan. Selagi tak ikut cakapnya hari-hari Aidil berleter saya tak mahu bantu dia berniaga. “Dalam hati saya tahu, bukan dia cari rezeki, sebaliknya duit gaji saya yang habis dia guna buat berniaga. Untung entah ke mana. Kesusahan hidup semakin jelas,
“Emak dan adik beradik tahu masalah saya tetapi mereka tak mahu campur. Mereka tahu daripada cara saya dan anak-anak berpakaian. Kalau balik kampung Hari Raya saya cuma beri emak RM50, sedangkan adik beradik lain bukan setakat beli daging, ayam dan menyediakan juadah Hari Raya, malah langsir, karpet, wajib berganti setiap tahun. “Sebab itu saya tak sanggup duduk lama, paling lama dua hari saya balik. Kerana malu. Kalau dahulu, saya sediakan persalinan rumah emak bila raya, sekarang saya tak mampu. Tapi emak tak pernah tanya dia cuma pesan jaga diri dan jaga anak baik-baik.
“Kesusahan saya semakin terdesak bila anak nak masuk tadika. Sebab duit gaji saya tak berbaki. Macam mana nak bayar yuran tadika? Duit untuk pengasuh pun selalu lewat. Tetapi kerana jiran baik, dia anggap anak-anak saya macam keluarga sendiri. Agaknya dia kesiankan saya. Mungkin dia faham masalah saya.
“Nak jadikan cerita jika benda tak baik tentu akan terbongkar juga. Ada jiran beritahu Aidil berniaga di tempat baharu. Tempat lama dia dah jual. Tempat baharu dia sewa di sebuah komplek beli belah. Kenapa Aidil tak beritahu saya?
“Saya tanya Aidil. Dia mengaku dengan pinjaman bank RM70,000 dia berniaga tempat baru. Sebab tempat lama tak untung. Satu dia jual lagi satu dia masih berniaga. Saya terkejut, janji dulu nak pinjam RM50,000 kenapa jadi RM70,000? Macam mana nak bayar hutang, sedangkan makan minum sekarang pun susah. Kata Aidil dia boleh bayar. Ketika itu juga saya menangis. Menangis kerana tertipu, sebab selama ini dia kata tak untung, sekarang nak buka tempat baharu.
“Makna kata dia ada dua buah tempat berniaga dan dia gunakan duit gaji dan simpanan saya untuk perniagaannya. Dan dia buat hutang atas nama saya. Ini yang buat saya menangis.
“Berita akhirnya terbongkar Aidil sibuk kerana kahwin dengan tukang masak. Siapa lagi yang bercerita kalau bukan adik saya. Waktu itu kesabaran saya sudah hilang. Saya pengsan. Sudahlah hutang bank saya bayar, kad bank saya Aidil pegang, rupanya dia kahwin lagi. Menggeletar tubuh saya nasib adik bawa ke hospital untuk rawatan.
“Aidil marahkan adik saya kerana hantar ke hospital tanpa pengetahuan dia. Dua hari di hospital saya balik sendiri. Aidil sibuk berniaga. Saya nekad mencari kepastian. Saya tak mahu ditipu lagi. Aidil marah sebab tak tunggu dia di hospital. Ketika itu saya menjerit sekuat hati. Saya luahkan isi hati saya dan saya tanya apa lagi yang dia bohong pada saya.
“Saya mahu dia bayar hutang bank RM70,000 yang dia gunakan. Alasannya tak ada duit nanti akan bayar! Bila? Katanya dia terpaksa kahwin, bukan kerana tak cinta dan tak sayangkan saya. Tetapi kerana dia perlukan pekerja untuk jalankan perniagaan.
“Sudahlah selama lebih lapan tahun berkahwin dia tak pernah beri nafkah kami anak beranak, sebaliknya saya yang tanggung dia untuk hidup dan bantu dia cari rezeki. Lebih tiga bulan hubungan kami tegang. Walaupun saya buat kad akaun baharu, tetapi saya masih tak mampu nak bayar hutang bank. Namun saya terpaksa berusaha daripada dibuang kerja, maka lebih baik saya berterus terang kepada keluarga minta bantuan. Saya bertuah keluarga amat bersimpati dan memahami masalah saya.
“Kerana hutang masih tidak dibayar biarpun enam bulan berlalu, akhirnya saya terpaksa naik mahkamah untuk bercerai. Kini setahun berlalu, hidup saya masih terikat, Aidil enggan hadir ke mahkamah untuk bercerai.’’ Itu cerita Edah panjang lebar.
|
|
|
|
|
|
|
|
U boleh mohon penceraian secara fasakh |
|
|
|
|
|
|
|
kesian nye sis... btl la wanita plg malang bila tersalah pilih suami. ungkapan ni sgt2 tepat. blh tuntut faskh la. cpt shj proes nye. dia xpnh beri nafkah tu je dh layak utk dptkn cerai melalui fasakh.
kena byr hutg lg... klu cmni bertahun dh cerai pn hutg xsetel lg |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya, sbb tu apa2 nk kawin carilah yg berduit, mana ko nk? nangis dalam kereta kancil atau BMW? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baik sangat hatinya...
Sebab itu menderita lebih..
|
|
|
|
|
|
|
|
pompuan selalu jadi mangsa la !!! |
|
|
|
|
|
|
|
BTW, dah ada rekod suami tak nak datang mahkamah... Takkan takde sesiapa Kat mahkamah to nasihatkan TT fail cerai fasakh? Dibiarkan aje TT berada dalam kesesatan..
Teruk betul... Sesia berilmu
|
|
|
|
|
|
|
|
perempuan ni kalau miskin hidup melarat kena bantai sanggup je cium tapak kaki laki..
tapi jangan la laki deme minta/nak/curi-curi kawin lain..
siap la satu sen pun pengorbanan dia akan ungkit.. |
|
|
|
|
|
|
|
cikgujun replied at 3-12-2018 02:13 PM
sedihnya, sbb tu apa2 nk kawin carilah yg berduit, mana ko nk? nangis dalam kereta kancil atau BMW?
Amboi perbandingannnn
Kancil dgn bmw? Hahhaahah
Kalau lawa jelita, bolehla dpt suami kaya
Nak cari suami, cari yg dah kerja tetap dan rajin kerja. |
|
|
|
|
|
|
|
jenis pompuan yang terlampau percaya sangat dgn laki...
dari awal perkenalan dah tau laki tu nak kat dia sebab pompuan tu ada keja tetap.keja gomen kut? |
|
|
|
|
|
|
|
Nurul8001 replied at 3-12-2018 03:18 PM
Amboi perbandingannnn
Kancil dgn bmw? Hahhaahah
Kalau lawa jelita, bolehla dpt suami kaya
Hahaha perumpamaan saje sbb semua laki sama je, kaki pompuan so baik cari yg bmw |
|
|
|
|
|
|
|
cikgujun replied at 3-12-2018 06:10 PM
Hahaha perumpamaan saje sbb semua laki sama je, kaki pompuan so baik cari yg bmw
Khenn kurang2 blh bg kemewahan wlupn curang..drp xde duit tp ttp curang..zaman skng ni jantan xde duit pn teringin jd playboy..pompuan la bodoh masih hadap |
|
|
|
|
|
|
|
pilih nangis dlm BMW
|
|
|
|
|
|
|
|
Mya, robin......sila jawab.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Anda BIJAK
|
|
|
|
|
|
|
|
Sometimes, I don't really blame some women for being a gold-digger or social climber especially bila baca kes2 camni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ekceli, zaman sekarang lain dah, pompuan cantik2 nak carik laki kaya je, ye la kan, makeup set Bobby Brown tuh takde jatuh dari pokok.
Kebanyakkan yg kena nasib macam cerita TT nih ialah pompuan yg x berapa semenggah, ada yg terpaksa terima lelaki macam tuh sebab konon2nya xde lelaki lain nak kat dia, jadi sanggup terima sampah dibuat teman, asalkan berlaki.
Lagi satu, pompuan yg dah head over heels ngan jantan mulut manis mmg susah nak lepaskan laki tuh walaupon kena bantai siang malam. Tuh namanya bodoh, x dapek nak nolong dah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangkitlah tt its never too late mula hidup baru
WHAT DOESN'T KILL U MAKES U STRONGER |
|
|
|
|
|
|
|
wwweeeiii jap jap ... citer nie bukan kes saya |
|
|
|
|
|
|
| |
|