CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12372|Reply: 119

[Dunia] Lemas di Australia, keluarga perlu RM30,000 bawa pulang jenazah

[Copy link]
Post time 3-12-2018 07:18 PM | Show all posts |Read mode
Lemas di Australia, keluarga perlu RM30,000 bawa pulang jenazah

BALING 3 Dis. - Seorang rakyat Malaysia, Rizq Azzadin Mohd. Azhar, 32, dilaporkan mati lemas di Sungai Colo, Australia kira-kira pukul 9 pagi waktu Malaysia, semalam.

Bapa saudaranya, Ramli Husin, 62, yang tinggal di Parit Panjang, di sini memaklumkan, Rizq Azzadin pergi ke Australia bersama adik bongsunya, Adam, sejak Aidilfitri lalu dan mereka dipercayai sedang mandi di sungai tersebut ketika kejadian.

Anak sulung daripada empat beradik yang tinggal di Kampung Selamat, Sungai Buloh di Selangor itu dikatakan berkunjung ke sungai tersebut bersama sekumpulan rakan untuk mandi-manda.

“Semalam Rizq Azzadin bercuti dan dia bersama kira-kira empat kawannya pergi mandi sungai. Menurut adiknya, Rizq Azzadin turun terlebih dahulu ke dalam sungai namun tidak naik semula.

“Difahamkan, Adam dan yang lain takut untuk tolong kerana faktor kedalaman sungai selain arus yang dikatakan kuat," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Media tempatan Australia, 9News dilaporkan berkata, mangsa sedang berenang bersama dua yang lain berdekatan Jambatan Putty Road sebelum tiba-tiba hilang dari permukaan sungai.

Tambah Ramli, kematian anak saudaranya itu diketahui pihak keluarga melalui kenalan allahyarham yang bekerja di sana.

Lantaran itu, Ramli berkata, keluarga sudah bercadang untuk membawa pulang jenazah Rizq Azzadin ke tanah air kerana kos pengebumian di sana mencecah hampir RM40,000.

“Malah, untuk urusan membawa pulang jenazah juga memerlukan kos kira-kira RM30,000 tetapi jumlah itu juga amat tinggi dan kami masih kekurangan wang.

“Keluarga juga telah berurusan dengan pihak kerajaan, namun kami dimaklumkan kerajaan tiada peruntukan untuk tujuan itu," katanya yang merayu bantuan orang ramai untuk membawa pulang jenazah allahyarham.

Orang ramai yang ingin menyumbang boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank ibu allahyarham, Rokiah Hashim menerusi nombor akaun 164397933465. - UTUSAN ONLINE

Muhamad Aimy Ahmad
03 Disember 2018 5:34 PM


Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-12-2018 07:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 07:19 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnya kos nak bwk balik jenazah.. sakit kat obersea pun mahai.. aku coti coti dimesia udahla..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x kebumi kat sana aje
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2018 07:26 PM From the mobile phone | Show all posts
jfq replied at 3-12-2018 07:24 PM
Kenapa x kebumi kat sana aje

Kebumi lg mahai.rm40 ribu.. nak cekau mana..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
P sana kerja curi2 ker
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dipermudahkan urusan
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 07:53 PM | Show all posts
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 08:23 PM | Show all posts
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:10 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-12-2018 07:53 PM
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?

jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hampir nak mati.masuk hospital siap kena bedah dua kali.bill hospital  pun sampai rm 80 k.mujor lah ada sorang aktivis malaysia kat sane yg tolong kutip derma dan langsaikan semua. selamat lah dia dah  balik pun sebelum visa dia tamat.
aku tumpang ucap terima je pd phk yg gigeh membantu. kesian kat anak anak dia yg ramai tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut beli insurans
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:25 PM | Show all posts
akusukaq replied at 3-12-2018 09:10 PM
jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hamp ...

kau tak ckp kat jiran tu kat sini pun berlambak kerja....
nak kutip buah durian pun ada....
kutip cili pun ada.....


Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:41 PM | Show all posts
Colo River bapak jauh dari Sydney.

Sah lah bukan cuti2 OZ..

Local insurance tak cover ka kos pengkebumian? Kalau illegal susah lah. Accident pun not on the job.

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
akusukaq replied at 3-12-2018 09:10 PM
jiran aku ke aussie nak kerje petik buah.baru sebulan sampai dah kena sakit ketumbuhan. teruk hamp ...

Anak ramai gigih kerja jauh2 tinggalkan bini terkontang kanting uruskan sorang2.. cannot brain.sorry lah,patut i kena simpati but I just can't..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk kerja tu legal ke illegal?
takde amik insurance ke?
anyway, dah banyak kali jadi..
bila la orang kita nak amik iktibar..
and kata gaji sana lumayan..
pergi kejap dah boleh simpan puluh ribu..
ujung-ujung family jugak kena bersusah minta derma kat orang ramai..
baik kerja kat malaysia je gitu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:25 PM | Show all posts
abam syd ... cam berita lama jer ... cam pernah baca artikel ni thn lepas kot ...

huhuu
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 3-12-2018 07:53 PM
Kedutaan Malaysia tak boleh uruskan?

Kes mcm ni mmg kedutaan akan tlg uruskan. Cuma ongkosnya kena cari sendiri. Minta la menteri or ahli parlimen atau aktivis atau billionaire yg sudi nk sponsor..kerajaan xde bagi peruntukan kewangan untuk kes2 kematian atau sakit rakyat malaysia di luar negara. Mungkin kita boleh cadangkan pada kerajaan buat tabung amanah mcm tabung harapan tu untuk bantu rakyat malaysia di luar negara dgn dana kutipan hasil sumbangan rakyat malaysia. Xde la setiap kali ada kes2 mcm ni family kena kutip derma kan? Kesian lah hai
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2018 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Insurans cover tak kos bw balik jenazah atau kos pengkebumian?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 02:02 PM GMT+8 , Processed in 0.933250 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list