View: 4623|Reply: 27
|
Besarnyar, Cukup Sekampung! Kerana Saiz Gergasi, Lembu Ini Selamat Daripada Dise
[Copy link]
|
|
Seekor lembu gergasi Australia yang dinamakan Knickers selamat daripada disembelih dan menjadi hidangan kerana saiznya yang terlalu besar.
Kredit foto: LADbible
Lembu yang dipelihara di sebuah ladang di Myalup, bahagian barat Australia itu baru-baru ini ditempah untuk menjadi hidangan sebuah majlis BBQ, tetapi kerana masalah lojistik, lembu dengan ketinggian hampir dua meter dan berat melebihi sebuah kereta ini selamat daripada menjadi menu santapan.
Kredit foto: USA Today
"Saiznya terlalu besar dan tidak mampu ditampung peralatan pusat penyembelihan.
"Kami mendapat banyak permintaan tetapi Knickers memang bernasib baik kerana rancangan menjualnya tidak menjadi," kata Geoff Pearson, pemilik lembu tersebut kepada stesen televisyen Australian Broadcasting Corporation (ABC).
Kredit foto: Radio NZ
Menurut Pearson, haiwan setinggi 194 sentimeter (sm) dan berat 1400 kilogram itu mempunyai berat hampir dua kali ganda dan ketinggian lebih 50 sm berbanding lembu biasa baka Holstein Friesian yang dipeliharanya.
"Bila kami cuba mengalih dan mengangkatnya ke pusat penyembelihan, hampir semua mesin gagal berfungsi. Jadi, saya memutuskan dia akan terus tinggal di ladang ini sepanjang hayatnya," tambah Pearson lagi.
Kredit foto: Complex
Pearson berkata, lembu gergasi itu akan ditugaskan untuk melatih lembu-lembu lain.
"Bila Knickers dimasukkan ke dalam kandang, lembu-lembu lain akan mengerumuninya dan bila ia berjalan, mereka akan mengikutinya ke mana saja. Jadi, kerja-kerja penjagaan akan lebih mudah jika Knickers ada," ujarnya.
Nampaknya, lembu gergasi ini selamat daripada disantap kerana saiznya. Kalau tak, memang cukup hidangan kenduri sekampung, kan? - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Saiznya lebih dari cukup sekampung
Tapi dagingnya pasti liat sikit kan?? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang putih mereka bunuh lembu guna elektrik sebab bagi mereka haiwan xsakit begitu. Jadi sebelum sembelih mereka tembak guna elektrik .. silap2 boleh jadi bangkai..
Sebab tu bila lembu ni nak dibunuh device yang ada tak sesuai sebab mereka guna elektrik bukan guna pisau untuk sembelih..
Sebab tu kalau kaka beli lembu kaka beli ramly burger je sebab bukan dari australia |
|
|
|
|
|
|
|
Guna pisau sembelih lembu macam ni perlukan banyak tenaga ya |
|
|
|
|
|
|
|
tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel |
|
|
|
|
|
|
|
Watak kartun bercakap ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Sang_Pencinta replied at 10-12-2018 06:49 PM
Watak kartun bercakap ke??
maksud meols dikarikaturkan.. comel je.. mooo moooo moooo |
|
|
|
|
|
|
|
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan |
|
|
|
|
|
|
|
Huiii besarnyaaa..mujur la lembu makan rumput jah..kalau karnivore habis penduduk sekampung lesap ditelannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mana tahan jadi vegan sis
|
|
|
|
|
|
|
|
multinicky: tp knickers ni comel klu dikartunkan mst lg comel
macam kartun ferdinand, dia pun besar juga, manja lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak jatuhkan lembu ni untuk sembelih pun. Besar mcm gajah. Mesti banyak makanan dia sehari kan |
|
|
|
|
|
|
|
Alais replied at 10-12-2018 08:26 PM
lembu pun nak hidup
anatomi manusia ialah makan pokok bukan haiwan
Good point |
|
|
|
|
|
|
|
Hgh overactive le tew. Dasat lombu nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi ikon ladang jer ler kalau dah macam tu |
|
|
|
|
|
|
|
kebanyakan haiwan yg manusia bunuh untuk makan
ialah haiwan yg tak bunuh manusia & haiwan lain
kesian kan nasib haiwan baik
|
|
|
|
|
|
|
|
daging segar = bukan bangkai
ikan segar = bukan bangkai
ikan membusuk = bangkai
|
|
|
|
|
|
|
|
sampai bila dia nak hidup |
|
|
|
|
|
|
| |
|