Isnin lalu Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menerima kedatangan tetamu istimewa di White House iaitu pasukan The Clemson Tigers yang menjuarai kejohanan bola kebangsaan selepas mengalahkan Alabama Crimson Tide di peringkat akhir.
Kredit foto: Metro
Perjumpaan dan makan malam dengan Trump sepatutnya bermula pada pukul 6.00 petang tetapi oleh kerana krisis bajet kerajaan, kebanyakan pekerja dapur White House telah direhatkan. Jadi kakitangan Trump yang tidak bersedia telah menghidangkan menu makanan ringan untuk tetamunya itu. Antaranya makanan daripada restoran segera McDonald , Wendy, Burger King dan Domino.
Kredit foto: Chicago Tribune
"Kerana sebab yang tidak disangka dan kedatangan tetamu istimewa, saya telah mengarahkan staff membeli makanan segera, semuanya daripada duit poket saya sendiri," kata Trump. Makanan segera itu kemudiannya dihidang di atas pinggan mangkuk yang mahal.
Kredit foto: Buzzfeed
"Trump mengucapkan tahniah kepada mereka dan berkata dia tidak mahu menghidangkan salad yang disediakan oleh isterinya kerana tidak sesuai jadi makanan segera telah dihidangkan," tambah pemberita itu lagi. Sekurang-kurangnya 1000 biji burger dihidangkan dalam jamuan itu.
Kredit foto: Twitter
Menurut pemberita yang turut serta, beberapa orang tetamu yang hadir merasa terkejut dengan makanan yang dihidangkan kerana mereka menjangkakan White House akan menyediakan makanan yang lebih baik.
Kredit foto: Twitter
Beberapa orang pemain juga didengar berkata 'makanan ini pasti tidak akan diluluskan oleh pakar pemakanan pasukan kita'.
Kredit foto: Twitter
Bersyukurlah dengan apa yang ada, pasti ada sebab Trump hanya mampu menghidangkan burger kepada tetamu. -CARI pentingnya. |